Suami Tuan Puteri ~ Wardina Aisyah


HARGA RM25.00 SEM / RM28.00 SS
POSTAGE RM8.00 SEM / RM12.00

JARINYA merayap ke serata tempat. Mencari susuk tubuh sasa yang memeluknya sepanjang malam. Namun puas tergapai-gapai, batang tubuh sasa itu tetap tidak ditemuinya. Membuatkan dia membuka mata yang masih terasa mengantuk.

Dalam samar-samar cahaya, Eshal Rania mencari kelibat Ihraz Zahin. Namun bayangan suaminya itu tiada di situ. Semalam, elok saja tubuh itu menemani malamnya. Memeluknya sepanjang malam. Mendamaikan jiwanya yang gundah gulana. Menjadikan tidurnya lena diulit mimpi indah.

Mana dia pergi? Fikir Eshal Rania. Pantas dia duduk di atas katil dengan tubuh mengeliat ke kiri dan kanan. Mulutnya yang menguap besar itu ditutup dengan telapak tangan. Jangan biar syaitan masuk ke dalam mulut!
Usai menyelesakan tubuh, dia melompat turun dari atas katil. Lalu melangkah keluar. Opsss… belum sempat tombol pintu dipulas, Eshal Rania berundur semula. Kini dia berdiri betul-betul di hadapan cermin. Memerhati tubuhnya yang hanya dibaluti baju tidur nipis bertali halus separas lutut.
Bibir bawahnya digigit. Kini anak mata berlabuh pula pada batang leher yang dipenuhi gigitan-gigitan memerah. Hendak kata digigit serangga, memang tidak patut. Gigitan itu dilakukan oleh seseorang yang telah menakluki jiwa raganya malam tadi. Kehangatan itu membuatkan Eshal Rania mendakap tubuhnya sendiri.
Tiba-tiba muncul idea nakal di minda. Pantas saja Eshal Rania mencapai getah rambut. Rambut yang panjang beralun itu diikat tinggi sehingga menampakkan batang lehernya yang jinjang. Kemudian dia membuka baju tidur yang tersarung di tubuh. Lalu diganti dengan balutan tuala separas peha.
Kiri dan kanan dia memerhati penampilannya di hadapan cermin. Tujuannya hanya satu. Ingin menggoda lelaki itu. Siapa lagi kalau bukan Ihraz Zahin. Ala, tidak salah seorang isteri menggoda suaminya. Ketepikan rasa malu. Dia mahu mengulangi saat-saat indah bersama suaminya itu.
Eshal Rania melangkah keluar. Kata hatinya bagai berkata, Ihraz Zahin berada di dapur. Lantas saja dia mengorak langkah ke situ. Benar telahannya. Ihraz Zahin sedang sibuk menyediakan sarapan pagi. Sehingga tidak menyedari keberadaannya di situ. Ralit sungguh nampaknya lelaki itu.
Perlahan-lahan, Eshal Rania mendekat. Lalu memeluk erat tubuh Ihraz Zahin dari belakang.
“Morning.” Ucapnya lembut.
Ihraz Zahin yang sibuk menyediakan sarapan pagi mereka tersentak. Pelukan Eshal Rania ke tubuhnya membuatkan dia kaku seketika. Terhenti tingkahnya yang sedang menyapu mentega ke atas roti.
“And… thank you.” Eshal Rania bersuara lagi. Nadanya begitu lembut sekali.
Mendengar ucapan terima kasih dari isterinya itu, Ihraz Zahin berpaling. Buat kali kedua, dia terkedu. Tidak mampu berkata-kata. Cuma anak matanya saja merenung tepat ke arah isterinya itu yang hanya berkemban dengan tuala separas peha. Seksi yang amat!
Terlukis segaris senyuman di bibir Eshal Rania. Pantas dia mendaratkan semula pelukan ke tubuh sang suami.
“Terima kasih kerana sudi jadikan I isteri you yang sebenar. I takkan lupa kejadian semalam. Keindahan yang tak mampu I gambarkan dengan kata-kata.” Bisik Eshal Rania. Lagaknya lebih kepada satu godaan. Godaan terhadap suami yang kini kaku dengan perlakuannya.
Tersedar dari godaan isterinya itu, lantas saja Ihraz Zahin meleraikan pelukan. Tangannya memegang kejap bahu Eshal Rania yang terdedah.
“Aw… aw… awak ke… ke… kenapa tak pa… pakai baju?” Entah sejak bila Ihraz Zahin menjadi gagap. Cakap dah macam orang tak betul saja.
Tergelak besar Eshal Rania mendengarnya. Tidak pernah dia mendengar Ihraz Zahin gagap begini. Baru digoda sedikit, kalutnya bukan main. Mengalahkan kalut Eshal Rania sewaktu kantoi menari sambil goyang-goyang pinggul di dalam bilik air minggu lepas.
“Bie… kenapa ni? Sejak bila you jadi gagap? You takut dengan I ya?” Melihat kekalutan lelaki itu, Eshal Rania semakin galak menyakat. Tangannya dilingkar kemas ke pinggang Ihraz Zahin.
Semakin tidak keruan Ihraz Zahin dibuatnya. Peluh jantan yang memercik keluar membasahi dahi diseka dengan belakang tangan. Eshal Rania benar-benar mahu menduga isi hatinya. Membakar gelodak hati yang kian bergelora.
“You takut dengan I ke?” Sekali lagi Eshal Rania bertanya. Kali ini, jari jemarinya sudah mendarat naik ke dada bidang Ihraz Zahin.
“Siapa kata takut?” Tidak mahu mengalah, Ihraz Zahin cuba mengembalikan rentak jantung yang hilang dek penengan wanita ini.
“Kalau tak takut… yang you tergagap-gagap tu kenapa?” Eshal Rania jongket kening seolah mengejek. Namun bibir masih lagi terkoyak lebar dengan senyuman manis bergula-gula.
“Saya gagap sebab terkejut. Tak sangka awak pakai macam ni. Awak sengaja nak goda saya ya?”
Eshal Rania mengherot senyum.
“Tak salahkan seorang isteri menggoda suaminya?” Pertanyaan dibalas pertanyaan. Sambil bibir masih lagi mengukir senyuman.
“Memang tak salah. Tapi… waktu dan tempatnya tak sesuai. Sekejap lagi saya nak pergi kerja. Awak pun sama jugak. Takut nanti, disebabkan godaan awak ni ‘naga’ yang ada dalam diri saya ni tak nak pergi kerja pulak. Awak sanggup ke?” Ihraz Zahin menduga.
“Ala, takpelah. Ponteng sehari aje pun. Tak jadi masalah, kan?” Semakin nakal Eshal Rania menggoda. Tubuhnya sudah terliuk lentuk macam lalang ditiup angin. Jari pula masih lagi bermain-main di dada sang suami.
“Itu kalau sehari… kalau dah gian, berhari-hari pulak macam mana? Awak sanggup jugak ke?” Ihraz Zahin tidak mahu mengalah. Nakal sang isteri turut dibalas sama. Ditarik rapat tubuh Eshal Rania agar bersatu dengan tubuhnya.
“Kalau you sanggup… I takde masalah. Jiwa raga I serahkan.” Balas Eshal Rania sambil meleraikan tangan Ihraz Zahin yang melingkar ke pinggangnya. Mata bertentang mata sambil bibir tidak lekang dengan senyuman.
“Jom… temankan I mandi.” 
Dengan selamba Eshal Rania menarik tangan Ihraz Zahin agar masuk ke bilik air bersamanya. Ingin sekali dia mengulangi kehangatan yang mereka cipta bersama seperti semalam. 
Tidak pula Ihraz Zahin membantah. Diturutkan saja langkah isterinya itu. Dia juga sama seperti isterinya ini. Ingin mengulangi keindahan yang mereka nikmati berdua. Jika tahu betapa manisnya penengan malam pertama, awal-awal lagi dia sudah terkam si Eshal Rania. Hahahaha… Ihraz Zahin ketawa gatal dalam hati

WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment