#HATI ~ EXCLUSIVE

ATTENTION!! 📢📢
Kuota dh exceed 500 naskhah. Kita print 550. Baki ada 40 buah. LIMITED EDITION, no second edition. 
Last payment 31/5/2017. 
Gabungan  novelis Hana Afriena , Hash Aulia dan Lynn Dayana. Membaca sambil menderma. Projek Amal sempena ramadhan.


Harga RM32 (SM), RM39 (SS).
termasuk postage========
MR. EGOIS (HANA/HE)
#SedutanBab8

*****
“Awak dah baca mesej saya tu kan?”
“Sebab aku dah bacalah aku telefon kau. Apa yang buat kau ubah fikiran?” soal Dariz benar-benar ingin tahu.
“Saya tak ada jawapan untuk soalan awak. Cuma..”
“Sebelum kau letakkan syarat pada perkahwinan kita, biar aku dulu yang tegaskan pada kau.” Deras Dariz memotong percakapan Darlina.
“Aku tak terima apa-apa syarat daripada kau, Darlin. Sama ada kau yang setuju untuk kahwin dengan aku atau tidak, aku akan tetap buat kau jadi hak aku seorang. Jadi aku tak nak kau fikir aku ni berbesar hati bila kau sudi untuk jadi isteri aku. Sekali kau dah bersetuju, aku anggap kau dah mudahkan kerja aku.” Panjang lebar bicara Dariz. Penuh nada bongkak.
Darlina sekadar menahan rasa hati. Nafas dihela perlahan cuba untuk berlagak tenang. Berdebatlah macam mana sekalipun, dia tetap akan kalah.
“Saya masih ada ibu dan along, Riz. Kalau awak masih nak ‘kutip’ saya jadi isteri awak, jumpa dan berbincanglah dengan mereka.” Sengaja Darlina guna ayat ‘kutip’ untuk memuaskan hati Dariz. Tanpa balasan daripada lelaki itu juga butang merah lantas ditekan oleh jemari halus miliknya.
Dariz langsung tak terkesan. Sebaliknya telefon bimbitnya mula dicampak ke atas katil sebelum dia bergegas mendapatkan Puan Najla di tingkat bawah.
“Ma, I dah dapat dia.” Biicara Dariz yang tiba-tiba buat kening Puan Najla terjungkit.
“Dapat siapa, Riz?”
“Nur Darlina. I yakin you mesti suka dia jadi menantu you kan?” Senyum Dariz melebar penuh makna.
Sedangkan Puan Najla hanya mampu mengucapkan rasa syukur di dalam hati.
Ternyata pilihannya tidak pernah salah. Darlina adalah yang paling tepat untuk Dariz. Apa sekalipun niat Dariz mengahwini Darlina, Puan Najla yakin Dariz pasti tidak akan terkecuali untuk jatuh cinta pada gadis itu.
“Mama harap Riz takkan sia-siakan dia.”
“Macam I cakap, I tak kahwini dia sebab cinta. I kahwin dengan dia untuk kepentingan I sendiri. You tak perlu tahu yang selebihnya, ma. Apa yang you perlu buat cuma hantar rombongan meminang I pada keluarga dia,” ulas Dariz sebelum memanjat tangga ke tingkat atas.
Puan Najla yang ditinggalkan sekadar melepaskan nafas berat.
Dia tahu permulaan kehidupan Darlina setelah menjadi isteri Dariz nanti agak sukar.
Dia juga tahu Syed Dariz tidak layak untuk wanita sebaik Nur Darlina.
Namun dia masih berharap perkahwinan yang bakal berlangsung ini akan menemui titik bahagianya kelak.
Kerana tiada seorang ibu pun yang ingin terus melihat anaknya tergelincir daripada landasan agama. Meskipun hatinya sendiri kadang-kadang terluka dengan sikap Dariz.
Mama maafkan Riz. Mama ampunkan setiap patah kata Riz yang melukakan hati mama. Sebab Riz anak mama. Moga Riz belum terlambat untuk berubah.
Luhurnya hati seorang ibu memanjatkan doa pada DIA.
DIA, Yang Maha Esa.
========
SINOPSIS
MINI NOVEL 2: PEREMPUAN TERPILIH
OLEH: HASH AULIA
Jatuh cinta adalah perkara terakhir dalam hidup Afeef Zafran. Namun tatkala melihat Essandra, prinsipnya berubah sekelip mata. Walaupun si gadis serba kekurangan, hati tetap degil untuk mencuba.
"Dah tak ada perempuan lain ke, Feef? She's too much! Seksi, perangai tak semenggah. Kau nak mama sakit jantung tengok dia?"
Sejuta rintangan mendatang, dia tetap teguh dengan prinsipnya. Gadis liar itu, akan dia miliki walau dengan apa cara sekalipun.
Dan bagi Essandra, lelaki itu mahkluk pengganggu. Hadir tanpa dipuja. Muncul tanpa dijangka. Buat hidupnya kucar kacir.
"Setahu I, I tak pernah berkahwin. Jadi berhenti berlagak macam you tu suami I!"
"Then, be my wife. Itu pun kalau you tak nak I sentuh you secara haram. You tahu kan I takkan teragak-agak untuk buat macam tu?"

Benar, lelaki itu tak pernah bergurau dengan bicaranya. Dan ada ketika, dia sendiri rasa kecut. Namun untuk menerima, dia tidak punya hati. Sama ada untuk mencintai atau pun dicintai.
atau
WhatsApp 010-4398892
atau 

No comments:

Post a Comment