DUIT HANTARANKU TAK CUKUP

DUIT HANTARANKU TAK CUKUP 
HARGA RM28.00 SEM / RM31.00 SS
postage rm8.00 sem / rm12.00 ss

“ADA pulak akak duit nak buat majlis untuk anak perempuan akak, ya. Nak buat hantaran untuk anak saya tak ada duit!” sindir Puan Normah bernada geram. Dia menghubungi Puan Jamaliah sebentar tadi.

“Bukan macam tu Nor,” sanggah Puan Jamaliah di sebelah sana.

“Habis macam mana? Akak call Sham semalam kan? Bagi tahu saya nak hantar orang nak putuskan pertunangan dia orang.” Memang dia tidak puas hati dengan keputusan Encik Shamsuri semalam. Begitu pun dia tetap akan menghantar orang untuk memutuskan pertunangan anaknya dan anak Puan Jamaliah.
“Ya. Aku call Sham semalam. Aku kesian kan budak berdua tu. Kita buat nikah dulu. Duit hantaran tu nanti aku akan usahakan.” Perlahan suara Puan Jamaliah.
“Saya nak duit hantaran anak saya kak. Duit tu bukan untuk saya, tetapi untuk Rin. Nilai tu tak sama selama saya membesarkan dia. Saya tak mau anak saya papa kedana kalau ditinggalkan nanti. Lelaki sekarang bukan boleh percaya walau sanggup bercinta bertahun-tahun.” Sekali lagi diulang pendiriannya agar Puan Jamaliah faham sefaham fahamnya. Penat dia menjelaskan kepada wanita itu sebelum ini.
“Astaghfirullah al-azim. Kenapa fikir sampai begitu? Doa yang baik-baik untuk dia orang Nor!”
“Ya, memang saya doakan yang baik-baik untuk dia orang. Tapi, benda macam ni dah banyak jadi, kak. Akak mungkin tak risau, sebab anak akak, lelaki. Anak saya perempuan dan itulah satu-satu anak yang saya ada. Saya tak mau dia kecewa suatu hari nanti!” tekan Puan Normah.
WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment