CINTA YANG PULANG ~ PRINT ON DEMAND

PRE ORDER 
CINTA YANG PULANG ~  PRINT ON DEMAND

Harga RM43.00 SEM / RM49.00 SS 
termasuk postage

JANGKAAN MASUK KILANG SEBAIK SAJA PREODER DITUTUP.
TEMPOH 12 MEI HINGGA LEPAS RAYA (ANGGARAN) INSHA ALLAH MUNGKIN LEBIH AWAL LAGI SIAP
Blurb
Gadis itu pernah dihina. Pernah dimaki, dihamunnya hanya kerana sebuah fitnah. Apabila kebenaran terungkap gadis itu sudah pergi jauh dari pandangannya. Hanya yang tinggal rumah kosong yang tidak lagi berpenghuni.
12 tahun Noah Imran mengusung penyesalan itu. Penyesalan yang bukan sedikit. Memandang rumah jiran yang kosong itu membuatkan jiwanya makin sengsara. 
Kini... Seorang Adina Insyirah sudah kembali. Jiwanya yang mati hidup semula. Namun sukarnya seorang Noah Imran untuk meraih sebuah kemaafan. 
“Maafkan saya... Saya tahu silap saya bila menuduh awak macam-macam. Kita masih remaja time tu. Langsung tak matang. Nak cakap pakat cakap saja, tak fikir apa perasaan orang lain. Hukumlah saya kalau itu boleh memuaskan hati awak. Boleh meredakan kemarahan awak,” – NOAH IMRAN
Dia dihina, dimaki bagaikan dia tiada maruah. Berbelas tahun kata-kata hinaan itu bermain di fikirannya. Jadi, bukan salahnya jika Noah dibencinya. Bukan saja dibencinya tapi mahu memandang wajah lelaki itu pun dia tak ingin. 
“Awak kutuk saya. Awak maki saya, hina saya… awak buat saya seperti manusia tidak berguna. Saya ingat semua itu sampai sekarang. Tidak sikit pun saya mampu melupainya. Hanya perempuan bodoh saja boleh memaafkan apa yang berlaku. Selagi kata-kata itu melekat di sini, selagi itulah saya tak akan melupai” – ADINA INSYIRAH
Namun perancangan ibu-ibu memang hebat. Mereka mahu disatukan. Kata Adina dia tidak sudi. Kata Noah lain pula. Stadium Nasional Bukit Jalil sanggup dia tadahkan. Inilah peluangnya untuk memiliki hati gadis itu. 
“Apa nak malunya kalau itu sudah jodoh. Bukan kita boleh menolaknya. Lari jauh mana pun kalau cinta masih ada, dia akan kembali semula.”- DATIN HASANAH
Makin Adina menjauh, makin dekat pula Noah menghampiri. Apakah kesudahan cinta mereka. Adakah cinta itu akan kembali atau Noah Imran akan tunduk mengalah. Semuanya akan terjawab dalam Cinta Yang Pulang…



WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment