CINTA SAMPAI MATI ~ Novelis Suci Hidayat

PRE ORDER sehingga 15 mei 2017
( PRINT ON DEMAND) TERHAD
RM40.00 SEM / RM44.00 SS 
termasuk poslaju

DIJANGKA READY STOK & POS HUJUNG MEI 2017


SINOPSIS
Cinta ABID BAKHTIAR dan WANGI NUR JANNAH telah terjalin sejak dibangku sekolah lagi. Namun hubungan itu terpisah oleh jarak dan waktu. 
Demi keluarga, Abid Bakhtiar terpaksa meninggalkan Wangi Nur Jannah berbelas tahun lamanya dan berjuta batu jauhnya. Namun, telah terpatri ikrar untuk bertemu semula 15 tahun akan datang. Pada tarikh yang sama dan di tempat yang sama. 
15 tahun itu bukanlah satu jangka masa yang singkat. Ujian demi ujian menduga cinta mereka. 
Tugu setia Abid Bakhtiar kekal teguh. Tapi tidak Wangi Nur Jannah. Gadis itu akhirnya tewas dek pelbagai punca yang datang dari pelbagai arah dalam hidupnya. 
Hidup Wangi Nur Jannah musnah oleh mereka yang dipanggil ibu dan ayah. Musnah oleh dia yang dipanggil teman dan sahabat. Musnah oleh dia yang dipanggil cinta. Dan musnah oleh diri Wangi Nur Jannah sendiri yang tersilap langkah dalam membuat keputusan dan pilihan yang akhirnya mengkhianati sumpah yang pernah terlafazkan. "Wangi adalah yang terindah dalam hidup Abid." - Abid Bakhtiar. "Itu dulu. Hari ini, Wangi bukan lagi Wangi yang Abid sangkakan. Wangi Abid yang terindah 15 tahun yang dulu, sekarang dah pun jadi Wangi yang terhina. Wangi yang paling menjijikkan. Rosak! Abid masih mahukan perempuan kotor macam Wangi?”- Wangi Nur Jannah. Akankah seorang Abid Bakhtiar yang luhur cintanya mampu menerima diri Wangi yang penuh noda dan dosa? Akankah perempuan neraka yang didakwa Wangi Nur Jannah itu layak dijadikan bidadari syurga yang Abid Bakhtiar impikan? Akankah pertemuan semula selepas 15 tahun itu menjadi titik mula cinta mereka? 
Atau ianya adalah titik perhentian dan noktah terakhir kisah cinta ABIDWANGI?
atau
WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment