Bukan Kemahuan Fikiran ~ Dilla Ahmad

HARGA RM25.00 SEM / RM28.00 SS
POSTAGE RM8 SEM / RM12.00 SS
"ABANG hadif... " panggil Ain, perlahan sambil melayan mata yang mula mengantuk. Tapi hati masih nak berbual lagi dengan Tengku Hadif. "Hmm? " sahut Tengku Hadif, perlahan juga. Mata sudah dipejamkan. Dah mengantuk sangat. Badan pun dah letih. Tunggu nak ' belajar' aje ni. "Abang sayang Ain, kan?" Diam. Tiada sambutan dari pihak sebelah. Ain menghela nafas. Agaknya Tengku Hadif dah tidur. 

Tak apa, Ain. Sabar. Jangan mendesak. Bagi dia masa. Bersangka baik saja. "Sayang sebagai sepupu atau isteri aku? " Bisik Tengku Hadif di telinga Ain. Ain sudah terkebil-kebil. Otak ligat nak cari jawapan. "Sebab kalau sepupu... technically, you are not my cousin. Still, I can accept it. Tapi kalau sebagai isteri aku, kalau aku mahukan kau malam ni, kau tentu akan cakap... Kita berdua belum bersedia lagi.. Aku tak cintakan kau... Bla.. Bla.. Bla... " Badan Tengku Hadif sudah menghimpit tubuh Ain. "Jadi aku akan bagi peluang untuk kita mengenali diri masing-masing. Sampailah aku sedar kau tu isteri aku dan aku ni suami kau. Bila masingmasing dah tahu tanggungjawab, kita akan usahakan bersama. Hm? " puncak hidung Ain dikucup lembut dan Tengku Hadif berbaring semula di tempatnya. "Nak tahu kenapa aku cakap macam tu? "

Ain dah menoleh. "Sebab kau nampak belum bersedia terima aku. " balas Tengku Hadif lagi, menarik bibir ke tepi sedikit. "Tapi jangan rasa dah lega dan selamat, sayang. Cepat atau lambat, aku nak kau bersedia aje. " sambung suara garau itu. Sinis saja pada pendengaran Ain. Dia macam ada nampak bibir itu sedang tersenyum dalam kelam lampu tidur. Ah, mungkin perasaannya aje kut.

WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment