Bella ~ Acik Lana

HARGA RM35.00 SEM / RM38.00 SS
poslaju RM8.00 SEM / RM12.00 SS
PRINT ON DEMAND SAHAJA. TAK MASUK KEDAI BUKU.
Jom layan bab 2 BELLA n Blurb LOVE, UNLIKELY 

Bab 2... BELLA

Bibir Bella mula kelat-kelat manis mengukir senyuman. Tak sangka pula selepas habis majlis penyampaian anugerah dan makan malam tadi, ada pula sesi tari menari ala-ala clubbing. Yang ikut serta pun kebanyakannya staf yang muda mudi. Yang sudah berusia, semua sudah balik lebih awal.
Kalau diikutkan hati, Bella pun ingin balik saja. Tapi Daniel berterusan mendesak dan memujuk dia menari sekali. Pleaselah, nak goyang badan pun dia tak reti, lagi nak menari? Dia tengok bukan main lagi Lisa, Aina, Mimi, dan Fanna lincah meliuk lintuk dengan pakaian seksi. Memang tak pandailah dia nak buat aksi macam tu.
“Bella, menarilah. Have fun sebab semua ni untuk kita.”
“Err… I tak pandailah Daniel. I memang tak pandai menari.” Balas Bella dengan senyuman kelat. Memandang muka Daniel yang tampan dengan sut kelabu, memang hati semakin terpikat. Lagipun Daniel melayannya dengan baik sepanjang malam ini.
“Come on, you can do it. Dance for me baby!”
Berderau darah Bella apabila Daniel yang kacak rupawan berbisik dekat ke telinganya. Keriuhan muzik rancak dan suara sorakan di sana sini membuatkan dia agak sukar mendengar suara lelaki itu. Tapi apabila melihat Daniel sungguh-sungguh mengisyaratkan supaya dia menari, dia akur juga mengikut lelaki itu ke ruang tarian.
Tak mahu dituduh tak sporting, Bella pun bergeraklah ke kiri dan kanan. Kekok sungguh kerana begitu banyak mata dan mulut tersenyum sinis memandangnya. Iyalah, menari macam robot, siapa tak rasa meluat kan?
“Good! You kena menjiwai muzik ni, move faster Bella.”
Sekali lagi Daniel berbisik ke telinganya. Bella mengangguk dengan perasaan serba salah. Demi menunjuk bakat terpendam yang entah ada ataupun tidak, dia melajukan pergerakannya. Melompat, mengepak-ngepak tangan, berpusing ikut suka hati, memang lincah sampai terpelanting kaca matanya ke lantai. Nasib baiklah Daniel sempat mengutipnya sebelum dipijak oleh staf-staf lain yang menari di situ.
“Wooohoo! Guys, korang kena tengok ni. Ugly Betty dah pandai menari!”
Tersentak Bella apabila mendengar suara Fuad menjerit kuat. Melihat jari telunjuk lelaki itu menunding kepadanya, serta merta pergerakan tubuh membeku. Dan seperti biasalah, konco-konco Fuad yang kaki buli itu akan ketawa besar mengejeknya.
Ketika menyedari Daniel ikut sama tergelak, hati Bella mula berubah tidak enak. Peluh yang merenik di dahi kini perlahan mengalir turun ke pipi. Sungguh, dia mula kecewa kerana Daniel langsung tak menunjuk sikap gentleman untuk mempertahankan dirinya. Sedangkan dari tadi Daniel melayan dia dengan baik sekali. Ah, nampaknya Daniel pun duduk di kategori yang sama dengan jantan tak guna yang lain. Betul kata Faid!
“Well bro, congrats!” Fuad menepuk-nepuk bahu Daniel dengan suara yang agak kuat untuk melawan keriuhan muzik di ruang itu. “Tahniah sebab dah berjaya buat Ugly Betty ni terkinja-kinja macam beruk dapat belacan.”
Daniel tersengih-sengih penuh bangga.
“Nah, ini duit betting kita hari tu. Satu ribu bro!”
Mata Bella terbuka luas apabila melihat Daniel menyambut huluran duit dari tangan Fuad. Betting? Jadi Daniel hanya melayannya dengan baik malam ini sebab taruhan semata-mata? Sebab nak tengok dia menari dengan teruk tadi? Dasar manusia kurang ajar!
“Thanks to you, Bella. Kalau bukan sebab you, I tak menang duit ni.” 
Wajah Bella berbahang hangat apabila Daniel menayang duit betul-betul di depan mukanya. Senyuman sinis, riak mengejek, memang inilah rupa sebenar Daniel. Perangai macam syaitonirojim!
“Bella, kau memang fikir Daniel ni syok dekat kau ke?” Fanna tiba-tiba saja mencelah ke depan. Tak cukup menayang muka mengejek, pinggang Daniel pula dipeluk erat. “Rupa hodoh macam kau ni tak layak untuk lelaki macam Daniel. Dan kau patut sedar yang aku dah lama couple dengan dia. Itulah, otak kau tu kolot sangat sampai tak ambil tahu apa yang berlaku dekat office.”
Saat ini seluruh hati Bella koyak rabak. Bodohnya dia! Dia patut sedar yang lelaki macam Daniel cuma ingin bercinta dengan perempuan sesempurna Fanna. Bukan yang hodoh dan outdated macam dia ni!
“Balik rumah, cermin muka kau baik-baik. Setanding ke kau dengan aku? Dengan makeup macam badut, rambut bertocang macam budak sekolah, kau fikir kau boleh lawan kecantikan aku?”
Bella memejamkan mata saat jari telunjuk Fanna menunjal kepalanya. Airmata mula mengalir lesu ke pipi. Sedih kerana sudah bertahun-tahun dia menjadi mangsa buli begini. Entah kenapa dia tak pernah berani nak melawan. Padahal dah berkali-kali Faid mengajar cara untuk mempertahankan diri. Ah, dia memang lembab dan tak guna!
“Lepas ni, kau jangan berani-berani pandang Daniel lagi. Aku cungkil biji mata kau nanti!”
Pesanan keras Fanna membuatkan Bella tak sanggup menunggu lebih lama. Dia segera berlari meninggalkan ballroom tersebut. Tapi di telinga, masih jelas gelak ketawa yang berterusan mengejek di belakang sana. Kejam! Kenapa mereka sanggup menyakiti hatinya begini?
Mungkin sebab dia tak secantik Amalina… tak pernah secantik itu!

Blurb Love , Unlikely 

Timah – nama yang begitu sempoi, sesempoi orangnya. Pertembungan dengan si jejaka dalam suatu insiden yang tidak disengajakan menyerlahkan sifatnya yang tenang lagi selamba sehingga mampu mengusik perhatian dan menarik minat lelaki itu. Namun Timah punya kompleks rendah diri yang agak tinggi ekoran ‘kecomelan’ tubuh badannya, lebih-lebih lagi diri sering menjadi bahan usikan serta ejekan sejak alam persekolahan lagi.

Firas tidak mengerti mengapa dia sering ditolak oleh gadis itu. Namun dia tidak mampu menerima alasan-alasan yang dilemparkan Timah sedangkan hati yang disangka telah mati kini seakan bergetar kembali. Maka gadis itu berterusan diburu.

Dan ketika Timah mula akur dengan kehendak hati, langkah murninya telah disalah erti. Firas kecewa lalu meninggalkan si pemilik hatinya terkapar-kapar sendiri. Namun sejauh mana kaki mampu berlari, hati tidak mampu menjauhi. Timah kembali dijejaki setelah kebenaran menampar tepat ke pipi. Masih ada ruangkah untuk Firas kembali bertapak di hati si gadis?

atau
WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment