RENGGUT ~ YIN YEEN

PRE ODER NOVEL PBAKL 2017 KINI DI BUKA!!!
RM30 / RM33
Termasuk pos


Random teaser Renggut
“Mudah-mudahan niat kita nak pulihkan Ainul akan dipermudahkan,” ujar Ayu.
“Inshaa Allah. Tak lebih kuat pun benda jahanam tu dari Allah. Sihir tu terjadi pun atas izin Dia.”
“Mungkin ada hikmah di sebalik semua kejadian ni.” Ayu menyambung lagi. Mata masing-masing tak lepas dari kereta Along Fauzan yang semakin hilang dari pandangan. Ayu meninggalkan Arman yang masih merenung jalan yang sudah lengang. Masih ada urusan yang belum selesai di dapur. 
“Ayu,” panggil Arman perlahan.
Tak jadi Ayu melangkah masuk. Dia menunggu Arman di muka pintu. 
“Ada apa?” Ayu bertanya sebaik sahaja Arman berdiri di sebelahnya.
“Ingat tak apa yang Man cakap masa kat hospital?” Ayu menggeleng. Ada banyak perkara yang Arman katakan ketika itu. Ayu tak pasti perkara apa yang Arman maksudkan.
“Tentang kita.” Arman senyum nipis sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Ayu memandang ke dalam sekejap. Kemudian pada Arman semula. Nampak seperti berat hatinya nak menyatakan sesuatu. Ayu menjauhi pintu rumah. Sesekali dia menoleh ke dalam. Seperti tak selesa membiarkan Hajah Kismah berseorangan di dapur.
“Perlu ke kita bincangkan perkara tu sekarang?” Ayu bertanya. Matanya masih mengawasi keadaan di dalam rumah. Bimbang juga kalau-kalau Ainul keluar dari bilik.
“Kalau Ayu tak selesa, tak apalah. Tapi hal tu kira jadi tau.”
“Eh, nanti kejap. Apa yang kira jadi?” Berkerut kening Ayu melihat Arman senyum lebar. Saat Arman merapatkan kedua-dua telunjuknya baru Ayu faham apa yang Arman maksudkan. Dia menggeleng perlahan. “Sekarang bukan masanya Man. Kita buatlah satu-satu dulu. Lagi pun Ayu rasa Man masih keliru ni. Tak kesian ke dengan Ainul?”
“Kesian? Dia yang pisahkan kita kenapa Man kena kesiankan dia?”
“Dia masih isteri Man. Man juga yang cakap, dia jadi macam tu sebab Man.”
“Memanglah. Tapi dulu Man fikir dia cuma ‘bodoh-bodohkan’ Man. Tak sangka pula, dia pun sama bodoh. Dia menduakan Man. Dia tidur dengan jantan lain Ayu tahu tak?” 
Laju jari telunjuk Ayu melekat di bibir sendiri. Terperanjat juga bila Arman tiba-tiba tinggikan suara. Risau kalau-kalau menarik perhatian mereka yang berada di dalam rumah pula nanti.
“Begini sajalah. Kita biarkan masa yang menentukan. Man kena bagi masa untuk diri sendiri juga. Takkanlah tak ada rasa sayang lagi pada Ainul?”

WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment