PBAKL PRE ORDER ~ LOVE NOVEL

PRE ORDER PBAKL sehingga 26/4 
BUKAN ENCIK SEMPURNA - RM25 SM/ RM28 SS
CINTA ASMA DAN FERHAD - RM26 SM/ RM29 SS
ADEL I LOVE YOU - RM27 SM/ RM30 SS
MR BABE MAGNET??? NOT!!! - RM27 SM/ RM30 SS
SWEET & DANGEROUS - RM28 SM/ RM31
BIBIK MILENIUM - RM27 SM/ RM30 SS
TIDAK TERMASUK POSTAGE 
1 BUKU POSLAJU RM8.00 SEM / RM12.00 SS
LEBIH DR 1 BUKU POSTAGGE LEBIH JIMAT
===============
SINOPSIS
TAJUK : BUKAN ENCIK SEMPURNA
NOVELIS : Yumi Hyra

BLURB:

Ada apa dengan encik sempurna? Bagi Ulya Hana (Uya), dia percaya dan yakin bahawa encik sempurna a.k.a. jodohnya wujud kerana dia tahu Allah telah menetapkan jodoh yang terbaik untuknya. Bak kata mak tok, jodoh akan datang jika dia berusaha untuk mencari dan tidak berputus asa berdoa. 
Sebaik sahaja ‘Projek Uya Kena Kahwin Sebelum Hujung Tahun’ bermula, ramai pula calon-calon yang muncul. Kan dah pening kepala nak pilih! Uya boleh pilih sama ada Luth yang sangat pelik, misteri dan merupakan calon pilihan ahli-ahli ‘Projek Uya Kena Kahwin Sebelum Hujung Tahun’ ataupun Hud yang sentiasa bermulut manis.
“Perfect guys only exist in books.” - Luth Hannan
“I takkan senang-senang nak lupakan orang yang buat I tersenyum.” - Tengku Hud Harraz
Saat Uya pening dengan telatah Luth dan Hud, muncul pula seorang lagi lelaki misteri yang sering mengirimkan kad-kad comel kepadanya, seolah-olah lelaki misteri itu sering berada dekat dengannya. Kad-kad comel itu seolah-olah cuba menggembirakannya.
One is loved because one is loved. No reason is needed for loving.
~H~
Misteri, kan?
Bak kata mak tok lagi, untuk memilih jodoh a.k.a. encik sempurnanya, dia hanya perlu menggunakan konsep ‘tepuk dada dan tanya hati’. Huh... kalaulah semudah itu, sudah tentu dia dapat jawapannya. 
Luth, Hud atau H? Pening lagi! Dan apabila hati dengan yakin membuat pilihan, diri mula ragu-ragu pula. Cuma satu yang Uya yakin;
“Perfect guys don’t exist, but there is always one guy that is perfect for me.” - Ulya Hana

TAJUK: CINTA ASMA & FERHAD
NOVELIS : Shima Rostam


BLURB:

Kenal tak sampai beberapa hari, mereka telah bersatu dalam sebuah perkahwinan paksa rela. Baik Asma mahupun Ferhad membahagiakan Nek Som menjadi keutamaan mereka. Walaupun ada keraguan dalam hati, Asma cuba menerima seikhlasnya Ferhad sebagai suami. 
“Dah termaktub jodoh abang dengan Asma sejak dari alam roh lagi. Jadi siapa abang nak tolak jodoh ini.” - Ferhad
“Tapi kita tak pernah kenal pun. Tiba-tiba kena kahwin. Tak rasa pelik ke?” - Asma
“Asma, orang dulu-dulu kahwin lagi pelik. Macam nenek dengan atuk dulu. Tak pernah tengok muka pun, lepas akad nikah baru tengok dan kenal pasangan. Jadi kes kita ni tak pelik pun, sebab kita dah kenal. Dah jumpa sebelum nikah.” - Ferhad
Mereka bahagia menjalani kehidupan suami isteri dalam tempoh yang agak singkat kerana Ferhad perlu kembali ke UK untuk bekerja. Perkahwinan jarak jauh ini menguatkan cinta dalam hati mereka. Namun, perkahwinan mana yang tidak dilanda badai. 
Tiffany, baginya Ferhad adalah cinta pandang pertamanya. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk membahagiakan lelaki itu. Tetapi bagi Ferhad, sayangnya tidak lebih daripada seorang kawan baik. 
‘Aku tidak boleh kehilangannya.’ - Tiffany. 
Selepas kematian Nek Som, Ferhad tiba-tiba hilang. Asma hampir kehilangan semangat untuk hidup. Dia dituduh pembunuh Nek Som. Dia juga dituduh tamakkan harta Nek Som. Apakah sebenarnya yang terjadi? Di manakah Ferhad?
“Sekali abang lafazkan akad, abang akan terus memegangnya sehingga hujung nyawa. Abang akan tetap pertahankan ikatan suci kita.” - Ferhad 
“Aku tak sangka kau begitu kejam kak. Tak berperikemanusiaan. Rupanya selama ini orang yang kau kutuk tu Asma.” - Fahim

TAJUK : ADEL... I LOVE YOU
NOVELIS : Dhiyana Novelist


BLURB:

Apabila dua pasang mata saling bertentangan, dua ulas bibir saling bertukar senyuman. Tanpa sedar, Adelia Zahra memuji akan aset utama yang menjadi tarikan Firas Mikhail, si duda beranak dua. Redupan pandangan mata yang dimiliki oleh Firas selalu saja mengusik hati kecilnya. 
Disangka Firas si duda beranak dua, tetapi rupa-rupanya masih lagi bergelar jejaka. Hubungan baik Firas dengan Tok Embun dan Tok Wan Hassan membuatkan Adel dan Firas kerap kali bersua muka. Bibit perkenalan mesra mula tercipta. Tanpa disedari kedua-duanya, kemesraan itu membuatkan hati mereka berdua terusik oleh sesuatu.
Permintaan keluarga tidak dihampakan. Firas mengikat tali pertunangan dengan Qisya, wanita yang dikenalinya selama bertahun-tahun. Hatinya pasrah. Dia menyangka Qisya adalah kebahagiaan yang diimpikan selama ini, tetapi rupa-rupanya hanyalah sementara. Hancur berderai kepercayaan dan juga kesetiaan apabila dia diduga dengan kecurangan Qisya. Saat hatinya terluka, Adel sentiasa ada di sisi sebagai penawar duka. 
“Terima kasih kerana sentiasa ada di sisi saya.” – Firas 
“Saya akan sentiasa ada di sisi awak, Firas.” – Adel
Apabila hati semakin membentak untuk berkongsi rasa dan juga merasai nikmatnya bahagia, Firas dan Adel sama-sama mengakui rasa hati. Hati yang semakin gembur dengan perasaan indah, dibajai lagi dengan kenikmatan ertinya bahagia. 
Namun, kebahagiaan mereka berdua direntap apabila Qisya menuntut Firas menunaikan janji akan sebuah perkahwinan. Saat Firas ingin melepaskan segala-gala yang terbuku dalam hati, permintaan ayahnya membuatkan dia tersepit. 
Atas desakan Qisya, dan juga dendam kesumat yang lama terpendam, tegakah Firas membiarkan Adel menjadi mangsa? Benarkah bahagia yang diciptakan oleh Yang Maha Kuasa sememangnya milik mereka berdua? Jika ya, dia akan terus bertahan selagi ada asa dan selagi ada helaan nafas.

TAJUK : MR BABE MAGNET??? NOT!!!
NOVELIS : Lynn Safiya


BLURB:

ZAYN AZZIKRI sering memandang serong akan hubungan akrab antara anak saudaranya, Naim dengan AZZAHRA HUSNA. Dia tidak percaya wujudnya persahabatan antara lelaki dengan perempuan tanpa melibatkan hati dan perasaan. Dia yakin Azzahra menyimpan perasaan terhadap Naim dan hanya menunggu masa telahannya terbukti benar.
Azzahra, pernah digelar perigi mencari timba kerana dari kecil hinggalah dia berusia 17 tahun, usaha serta impiannya hanya satu. Mahu menjadi isteri kepada sepupunya, Farouk. Ditolak berkali-kali oleh Farouk, akhirnya membuatkan Azzahra sedar diri. Farouk tidak akan sekali-kali menjadi miliknya. Maka Azzahra membuat keputusan untuk kuburkan saja setiap rasa dalam hatinya.
Suatu insiden yang melibatkan keluarga Farouk telah membuatkan Azzahra tersepit di tengah-tengah. Dia buntu. Tunang Farouk yang lari, mengapakah dia yang perlu menjadi galang gantinya? Walaupun dulu Farouk menjadi idaman hati, tapi kini rasa itu sudah tiada lagi. Demi menyelamatkan maruah keluarga, Azzahra sanggup berkorban asalkan bukan berkahwin dengan Farouk.
Disebabkan terdesak, Azzahra melamar Zayn, lelaki yang selama ini disangka tidak suka akan dirinya. Zayn sering bercakap kasar dengannya, tetapi dia sentiasa ada tatkala Azzahra dalam kesusahan. Dan Zayn tidak perlu berfikir dua kali. Azzahra akan diangkat menjadi isteri.
“Bukan main gatal kau nak kahwin, kan? Belum habis sekolah lagi dah fikir nak kahwin...” - Zayn
“Pompuan sekarang ni semuanya tak berkualiti. Macam kaulah. Kalau kau berkualiti, sepupu kau tu mesti nak kat kau!” – Zayn
Tiada yang manis dalam bicara Zayn. Semuanya sinis belaka. Azzahra yang serik akibat sering ditolak oleh Farouk dulu, tidak meletakkan sebarang harapan pada perkahwinannya. Maka hatinya dijaga rapi. Tiada usaha untuk merapatkan hubungannya dengan Zayn. Dan ketika bekas kekasih Zayn datang menagih simpati, Azzahra terkedu sendiri. 
Mengapakah begitu mudah Zayn menerima lamaran Azzahra? Apa motifnya? Dan tatkala Zayn seakan berubah hati, perlukah Azzahra angkat kaki?

TAJUK : BIBIK MILENIUM
PENULIS : Aein Dhiyauddin


BLURB:

“Aku, bibik milenium. Bibik Milenium sangat menjaga penampilan. Mesti Vogue walaupun setakat cuci tandas. Faham?” – Suhaila
Hadirnya SUHAILA AILEEN membuatkan hidup TENGKU KHALIS AIMAN huru-hara. Dipaksa bernikah dengan seorang bibik, dia terpaksa akur kerana harta papanya. Bagi Suhaila pula, berkahwin dengan seorang lelaki asing saat hatinya terluka bukan suratan yang dipinta. Apatah lagi menjadi isteri kepada lelaki yang paling dibenci olehnya.
Namun, siapalah kita untuk menafikan kuasa Ilahi. Dalam marah ada sayang. Dalam benci muncul pula cinta. Makin ditepis makin terasa. Nakal Suhaila jadi igauan Khalis. Senyuman Khalis buat Suhaila tergoda. Bibir sekata melantun benci, dalam hati melagu kata rindu.
“Kau dah jatuh cinta kat aku ke belum?” - Khalis
“Aku tak nak jatuh hati kat kau. Kau tu kejam!” – Suhaila
Namun sejarah hitam memburu Suhaila. Aib yang disimpan mula menjadi racun dalam hubungannya dengan Khalis. Angkara khianat, sekali lagi dia gagal dalam cinta.
“Kau anak pelacur, kan? Kau perangkap aku sebab konon nak sucikan nama busuk kau tu.”- Khalis
Sekali lagi Suhaila terpaksa berdepan dengan ujian. Kerana asal keturunannya dia putus tunang. Dengan alasan yang sama juga Khalis menghalaunya. Suhaila membawa diri.
Saat dia mampu berdiri kembali, muncul Khalis menagih cintanya. Sedangkan sudah ada jejaka lain yang menanti.
“Aku rindu bibik milenium aku. Tolonglah jangan tinggalkan aku.” –Khalis
“Suhaila Aileen... will you marry me?”- Haris
Siapakah pilihan Suhaila? Menolak Khalis hatinya sakit. Menerima cinta Khalis, hatinya juga sakit. Mampukah kisah cinta mereka kekal hingga ke syurga jannah?

TAJUK : SWEET & DANGEROUS
PENULIS : Adnil Zaff


BLURB:

Kisah cinta luar biasa antara Fakhrul dan Humairah.
Keluarga Syahirah bermata duitan membuatkan Fakhrul seorang pegawai komando, terdampar dalam kekecewaannya setelah dipinggirkan. Demi wang, dia memilih melakukan satu tugas untuk menyiasat tentang satu kisah tragis yang mengorbankan hampir seluruh keluarga orang kaya Arman di Yangon suatu masa dulu. 
Namun setelah mengenali Angelina Khon di Yangon, dia telah jatuh cinta. Sayangnya, kisah tragis Arman itu ada kena-mengena dengan Angelina. Demi keselamatan keluarganya dan Angelina sendiri, dia memilih mengorbankan cintanya kepada gadis itu. Sayangnya, Angelina telah terseret dalam dendam yang tidak jelas puncanya. 
Tiga tahun hidup sebagai tawanan kepada orang asing, Angelina berjaya pulang semula ke Yangon. Sangkanya kisah lama itu telah berakhir. Namun dia dipertemukan dengan kebenaran, Fakhrul ialah orang suruhan Arman. Lebih daripada itu, Arman menghantar orang suruhannya untuk memikat Angelina semula. 
Nekad demi cinta! Biarpun sedar dia telah menganiaya Angelina, Arman tetap cuba mendapatkan gadis itu melalui Fakhrul. Sayangnya dia dihidangkan dengan rahsia yang amat menyakitkan. 
“Ya, saya cintakan lelaki yang awak panggil pengkhianat itu. Lebih darpadai itu... saya menidurinya.” - Angelina a.k.a. Humairah 
“Saya cintakan Humairah.” - Fakhrul.
Berlarian di atas muka bumi Tuhan ini semata-mata demi mempertahankan cinta mereka. Rentetan daripada dendam Arman yang hampir-hampir merenggut nyawa cahaya mata Fakhrul dan Humairah, Fakhrul nekad menjadi seorang pembunuh demi nyawa orang yang dikasihinya. Namun, akibat perbuatannya itu tidak mudah untuk dipadamkan. 
Bagaimana untuk Fakhrul pulang ke pangkuan kekasih hatinya? Ini bukan kisah cinta biasa-biasa. Darah dan permata masakan boleh bersatu? Namun bagi mereka, jika sudah Tuhan menentukan hati mereka bersatu, agi idup agi ngelaban! Biar habis nyawa di badan, pejuang seperti Fakhrul... tidak akan pernah membiarkan dirinya kalah!
atau
WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment