Novel Pesta buku BesQ

PRE ORDER sehingga  26.04.2017 nie je.
Order sekarang sebelum kehabisan stok
Harga ini istimewa kepada yang membuat pembayaran selewat-lewatnya 26.04.2017. Dan bagi dua buah buku GIO dan KHAN, sekiranya habis semasa berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa, jadi, kami tak akan buka order untuk batch seterusnya.

Jom buat pembelian sekarang. Keempat-empat ni cerita dan olahan yang berbeza. 

Nota : Untuk pembelian sebuah sahaja, boleh rujuk pada harga dalam bulatan.

===============
Random teaser utk GIO karya terbaru Shamien Basit.....


“There you are. Ingat tak jadi datang awal.” Gio mengacah si pujaan hatinya. Kemudian, dia melebarkan pula senyumannya kepada Lila di belakang Hadia.

“Dah janji, kan?” balas Hadia sebaris sambil bergerak ke arah Gio. 

“Hi cousin to be. Sihat?” Selamba betul Gio. 

Lila tergelak kecil. 

“Belum apa-apa dah cousin to be ye? Sihat laa... ni yang datang ni. Sayang kau tu, lambat la dia nak datang seorang. Tadi pun dah ajak balik sebab segan. Nasib aku ikut.” Celoteh Lila mendapat perhatian Gio
======================

Kita bagi random teaser utk Khan karya Wawa Taufik.


****

“Siapa Rina?”

“Yang call I tu?”

Yara angguk.

Daris muncungkan mulutnya ke arah rumah bercat putih selang dua buah dari rumah mereka.

“Isteri doktor tu?”

Daris angguk. “Yap. Sharifah Marina. Isteri Doktor Shahril.”

“Dia nak apa?”

“Yang pasti dia bukan nak kan suami you ni, yang.” Daris berseloroh namun setelah melihat wajah isterinya serius dan semakin mencuka, dia mula senyum kelat.
==============

MENCINTAI SATU NAMA 

“Ada apa dengan darjat, pangkat dan harta, Dahlia? Semua itu cuma pinjaman sahaja di dunia ini. Satu sen pun tak boleh dibawa mati.”
“Tetapi kita tetap berbeza. Dunia saya lain. Dunia awak juga lain..”
“Dunia kita tidak berbeza, Dahlia. Kita sama-sama menumpang di bumi pinjaman Allah SWT. Dan ketika kita menghembuskan nafas terakhir, pangkat dan darjat juga akan ditinggalkan. Kita sama-sama akan memakai kain kapan berwarna putih. Kita sama-sama akan disemadikan di dalam tanah. Tak ada apa pun yang akan membezakan kita.”
Dahlia terdiam lama. Sejujurnya, kolam mata Dahlia sudah mula terasa panas. Terasa seperti ingin menitiskan air mata di hadapan Najman apabila mendengar bait kata yang seperti itu.
Tetapi pengalaman Kak Jasmin lain, Najman. Kerana pangkat dan darjat juga Kak Ja

================

DEMENSI

“ Kau jangan berlagak Aryna. Aku sumpah suatu masa kau akan rasa betapa susahnya hidup. Aku sumpah kau betapa susahnya nak buat sesuatu yang kau nak tapi kemudian orang tolak mentah-mentah.Aku sumpah kau rasa macam mana susahnya nak jadi manusia berguna di mata orang lain” Sumpah Suraya, memek wajahnya kelihatan sangat garang pada pandangan mata staf lain. 

Suara Suria menyumpah seranah nya dari luar bilik kedengaran jelas pada telinganya. Dia hanya mengukir senyum hambar. Malas mahu ambil kisah perihal Suria. Tolak proposal sahaja pun dah nak maki hamun orang. Apa barang? Dia ingat proposal dia bagus sangat ke? Cap ayam! Cap kangkung! Cap Lobak Asin!

“ Anak dara tua tak sedar diri.” Kata-kata terakhir daripada mulut Suria menyebabkan dia tersentap. Amboi tak padan dengan karektor perempuan ni, bertudung tapi mulut boleh tahan.Hancing!

“ Kenapa dia panggil aku anak dara tua?” Aryna memandang Daniel yang hanya tersengih mendengar kata- kata Suria. Keji betul kata-katanya, dia pun bukankah hampir sebaya dia dan masih belum berkahwin?

“ Kau nak fakta atau auta” tanya Daniel kembali. Apa pula beza jujur dan menipu pada pertanyaan yang dia mahukan adalah jawapan bukan pertanyaan kembali.

“ Ada pula dua pilihan ya?. Aku nak dedua Aryna mana pernah memilih.” Jawab nya sambil menjengilkan mata pada Daniel. Sumpah kalau jawapan nya terlalu jujur memang Aryna akan ketuk kepala Daniel dengan fail di atas meja nya. Aksi melampau tapi tak kan dia sampai hati buat begitu kepada Daniel.

“ Jawapan auta aku, tak lah tua sangat. Tak nampak pun umur kau dah banyak. Banyak sangat pakai krim kecantikan so usia kau nampak muda lah setara wajah kau tu.” Jawab Daniel sambil ketawa, menyindir.

“ Jawapan jujur kau?” Aryna memandang, menanti jawapan ‘ jujur sangat’ dari Daniel, pembantu peribadinya.

“ Jawapan jujur aku?” Daniel menjauh sedikit, dia nampak tangan Aryna pada fail di atas meja. Baik bersiap sedia sebelum dia menjadi mangsa Aryna sekali lagi. Tangan gadis itu pasti pantas sahaja mengambil fail dan membaling padanya.

“ Cepat lah, aku nak tahu jawapan jujur daripada kau. Kau kan selalu “ jujur sangat’ dengan aku.” Aryna mendesak, tiba-tiba dia rasa patut mendengar sesuatu yang jujur daripada Daniel. Daniel yang paling rapat dengan dia selama 10 tahun ini. Jadi pasti lelaki itu lebih mengetahui diri dia daripada orang lain.

“ 35 tahun usia kau Aryna. Dah layak di panggil andartu memang betul kata Suraya tu. Tapi jujurnya kau andartu ada class dan classic. Kau ada rupa, ada gaya, ada harta hanya tak ada lelaki nak kahwin dengan kau sebab kau tu memilih sangat. Lagi satu kau patut ubah banyak sikap yang tak baik ada pada kau tu , sikap sombong kau kadang-kadang tak ,bertempat aku pun menyampah. Tapi iklas aku cakap aku tak kisah sangat disebalik wajah tanpa reaksi kau tu aku kenal kau macam mana.”

Panjangnya jawapan Daniel, dia sombong? Mungkin!

“ Hurm…Jujur sangat jawapan kau tu kaki kipas.” Aryna mencebik. Benda yang selalu Daniel perkatakan tentang dirinya. Tak kahwin sebab kau memilih sangat. Eh! Ingat nak memilih calon suami macam memilih ikan dekat pasar ke? Tapi cakap Daniel memang ada betulnya, itu memang dia tak nafikan.

“ Kau jangan lah memilih sangat Aryna, dah 35 tahun usia kau. Kau tak cemburu ke dengan kawan-kawan yang kelek anak ke sana ke mari. Ada kawan kau aku tengok ada anak umur dah 15 tahun. Dah anak dara.” Daniel memandang wajah gadis di hadapan nya. Cantik! Perfect, memang idaman lelaki Malaya, tapi sikap nya langsung tidak melambangkan wajahnya. Aryna terlalu sombong dengan dunia luar, hidup padanya hanya milik dia sahaja. Bukan milik orang lain. Apa dia nak dia mesti dapat, dia tak peduli rasa pedih hati orang lain. Dia sentiasa menjadi pucuk yang berlumba-lumba mencari matahari dan dia memang selalunya terover depan daripada orang lain.

“ Aku bukan memilih, tapi lelaki dekat luar sana langsung tak menepati apa yang aku nak pada seorang lelaki.” Jawab Aryna, seperti biasa entah apa yang dia hendak Daniel tidak pernah tahu. Sebenarnya Aryna pun tidak tahu apa yang dia nak.

“ Cuba kau cakap pada aku, apa yang kau nak pada seorang lelaki?” tanya Daniel lagi. Janganlah Aryna kata yang bukan-bukan , Aryna kemahuannya memang kalah tuan puteri. Angan-angan macam dia snowhite atau cinderella. Dia sudah masak dengan sikap gadis itu. Mengada-ngada dan sombong tak ingat dunia. Macam dia seorang sahaja yang terbaik dalam kehidupan ini. Macam bawang putih pun ada lagaknya.

“ Entah, aku tak rasa lelaki yang aku jumpa tu berjaya mengetuk hati aku, berada di dalam hati aku. Pada aku kan mereka tu banyak berpura-pura suka kan aku sebab wajah aku, sebab harta aku. Hipokrit.” Jawabnya tanpa memandang wajah Daniel, dia memandang skrin komputernya melayari internet. Berbahas tentang lelaki bukan agenda utama dia, kalau ada jodoh kahwin lah, kalau tak ada jodoh tak perlu bersusah payah pula mencari. Mudah! Kahwin atau tidak dia tidak mahu ambil kisah, buat apa menyusahkan diri untuk seorang lelaki, dia bebas hidup macam burung terbang, tak perlu dahan untuk menyinggah. Peduli apa kalau orang nak kata dia berlagak pun. — getting back on track.


atau
WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment