Aku Telah Mencintaimu ~ Rehan Makhtar

PRINT ON DEMAND
HARGA RM40.00 SEM / RM45.00 SS
termasuk postage
last stok
Sinopsis blurb :
Hanya kerana sedikit rezeki, Willa lagi sekali jejaki tempat itu. Tempat dia mana dia bertemu dengan Reza. Lelaki yang mengajak dia membuat satu urusniaga.

“Harga masa ni terlalu mahal, Reza. Awak tak akan mampu belinya…” - Willa


“Apa saja harga. Aku bayar.” - Reza

Willa mahu serahkan masanya untuk Reza. Percuma. Tapi, dia tak mampu. Akhirnya, dengan berat hati, tawaran Reza diterima. Tapi, Reza berubah tamak. Reza mahukan masa yang selamanya dengan Willa.
“Macam mana kalau aku tak bagi kau pergi nanti?” - Reza
“Sampai masa saya akan pergi sama ada Encik Reza bagi atau pun tidak…” Willa
Willa tak tipu. Dia akan pergi nanti. Kala Reza temui jawapan, ianya sudah terlambat. Tapi, katalah apa saja. Dia mahu jadi suami Willa biarpun sesaat. Namun, Tuhan lebih menyayangi gadis itu. Seperti yang pernah Willa kata, tiada apa di dunia ini bergerak atas telunjuk manusia ; Reza reda. 
 Kini, hidup dunia Reza adalah demi akhirat. Hati yang tak pernah padam dengan rindu pada Willa bergelora bila wajah mirip Willa muncul. Adakah itu Willa ; cinta hatinya? Tak… Willa dah lama pergi. Gamaknya, itu pelanduk dua serupa.
“Awak ada kembar?” - Reza
“Tak ada…” Alis
Willa dan Alis hanya ada satu persamaan. Wajah yang mirip. Yang lain, semua berbeza. Tapi dia tahu, dia mula jatuh hati pada perempuan ini.
“Saya cintakan awak, Alis.” - Reza
“Cinta saya atau cinta wajah saya?” - Alis
Reza terngadah. Apa yang nak dijawab dengan telahan Alis? Adakah dia jatuh cinta pada orang yang berbeza dengan wajah serupa? Atau jatuh cinta kali kedua pada orang yang sama?
“Namun, andai ini hanya mimpi mengusik kenangan silam, mengapa hangat tanganmu kuterasa?” – Reza
Mencari kepastian itu, seperti mencari permata di dalam timbunan kaca. Sekali lagi, Reza reda.
atau
WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment