AKAN DATANG NOVEL IDEA KREATF - PBAKL 2017

AKAN DATANG. PBAKL 2017 
[harga termasuk upah runner tapi TIDAK TERMASUK POS]

AKU HARUS MEMILIH~Hani Fazuha LIMITED EDITION RM33.00SM/ RM36.00 SS
KU TUNGGU DUDAMU - Emy Roberto PRINT ON DEMAND - RM28.00 SM/ RM31.00SS
BIAR KITA TERUS SETIA~ Nani Yuhanna LIMITED EDITION - RM31.00SM / RM34.00 SS
TEMAN LELAKI CIK BOS - IllaShanahila LIMITED EDITION RM28.00 SM / RM31.00 SS
HEY, MISTER! - Farah Husain - LIMITED EDITION -RM31.00SM / RM34.00 SS
1 buku poslaju RM8.00 SEM / RM12.00 SS 
LEBIH 1 BUKU POSTGE LEBIH JIMAT
===============
AKU HARUS MEMILIH~Hani Fazuha
LIMITED EDITION
Sinopsis :
Tiga bulan bertahan, akhirnya ijab dan kabul terlerai. Amelia akur, rupanya rapat itu bukan jaminan untuk serasi.
“Kita masih boleh mencuba, Mel.” – Haqif
“Mencuba sesuatu yang sia-sia itu kerja bodoh, Haqif.” Amelia.
“I nak you, Mel. Tapi you paksa I terima orang lain.” Zafri.
Cinta itu bukan sesuatu yang boleh dikutip dan diletak ke hati. Bahagia juga bukan sesuatu yang boleh diambil bila ada yang sudi memberi. Sebab itu dulu dia tidak memilih Zafri.
“I nak kita kahwin semula.” - Haqif
“Sejarah selalunya orang tak ulang, lebih-lebih lagi yang menyakitkan.” – Amelia
“Jangan cari bahagia di tempat sama yang pernah membuatkan you terluka, Mel.” – Zafri.
Haqif itu bekas suaminya dan Zafri itu bekas suami kawannya. Jika ditanya, dia tak mahu keduanya. Tapi aturan takdir memaksa dia untuk memilih salah seorang daripada mereka. 
Haqif atau Zafri? Yang pasti, untuk bahagia, hati perlu ikhlas dan redha.
*
*
KU TUNGGU DUDAMU - Emy Roberto
PRINT ON DEMAND
sinopsis :
*****
Dara hilang arah apabila tiba-tiba Aladin mahu mereka berpisah sedangkan cinta mereka sedang berada di kemuncak bahagia.

“Apa salah I, Al?” - Dara
“You tak salah apa-apa, Dara. Cuma jodoh kita tak ada.” - Aladin

Rupanya, Aladin sudah mengahwini Sasha. Sangat menyakitkan kerana Sasha itu adalah sahabatnya sendiri. Sahabat yang menikamnya dari belakang.
Bertahun berlalu, Dara tak pernah menyangka dia akan bertemu lagi dengan Aladin dan Sasha. Rumah yang baru dibelinya, berjiran dengan mereka. Dan berlakulah ‘perang jiran tetangga’

“I punya suka lah. Kalau tak suka blah. Pindah rumah. Senang cerita.” -Sasha
“Tengoklah siapa pindah dulu.” - Dara
“A bitch is always a bitch.” - Sasha
“Tak payah goyah lah kalau betul Al cintakan kau. Tapi kalau dia berpaling pada aku, bermaksud kau tak cukup baik untuk dia.” - Dara 

Betul ke Sasha tak cukup baik buat Aladin? Hanya Aladin yang mampu menjawabnya. Dan Dara, kenapa masih sendiri jika sudah mampu melepaskan cintanya?
*
*
BIAR KITA TERUS SETIA~Nani Yuhanna
LIMITED EDITION 
Ini adalah kesinambungan cerita Biar Aku Yang Setia.
Kisah Aki dan Jasmine dalam Biar Aku Yang Setia bersambung lagi. Aki yang dulunya beku kini sudah berubah laku. Menjadi terlebih penyayang apabila Jasmine melahirkan zuriat mereka yang kedua.

“Awak jangan macam-macam ya? Ingat sikit yang saya ni tengah berpantang.” - Jasmine
“Sayang ikut ajaran mana ni isteri tengah berpantang suami tak boleh peluk?” - Aki

Pun begitu, lautan mana yang tak bergelora. Bumi mana yang tak ditimpa hujan. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Selisih faham berlaku apabila Jasmine rasa sangsi dengan si suami.

Lebih membuatkan Jasmine geram apabila salahnya pula yang sang suami nampak. Penat bawa anak ke klinik sendirian, balik rumah kena marah tanpa usul periksa. Siapa yang tak geram dan sakit hati.

“Kenapa suruh Yui naik atas? Biarlah dia kat sini.” Jasmine tak puas hati.
“Tak apalah, dia pun nampak macam mengantuk je.”
“Ahh..itu alasan awak je, kan?”Jasmine mendengus.
“Sebagai langkah berjaga-jaga, sayang. Tak elok anak kecil tengok aktiviti asmara ibu bapanya.” Aki sembunyikan senyum.
“Bila masa pula saya nak berasmara dengan awak?” Mata Jasmine terbuntang.
Aku sudah melebar senyum.
“Aki! Saya tengah marahkan awak ni tahu tak?!”

Siapa sebenarnya yang mencelah dalam hubungan mereka yang membenihkan sangsi di hati Jasmin? Dan berjayakah Aki menepis kesangsian itu untuk membuktikan dia tetap setia pada yang satu?
*
*
TEMAN LELAKI CIK BOS - Illa Shanahila
LIMITED EDITION
Sinopsis :
Izaryn Ismail - Cik Bos yang paling garang dan cerewet.
Zaim Hamdi – lelaki misteri yang sentiasa nampak selekeh.

Drama bermula apabila Cik Bos tersesat di sebuah kampung kerana kecewa. Dan dia diselamatkan oleh lelaki misteri yang pernah membuatkan dia ‘terhutang’ RM21.00.

“Ikut motor saya. Saya tahu tempat yang awak boleh tidur untuk malam ni.” - Zaim

“Kalau awak tipu dan bawak pergi tempat bukan-bukan, saya langgar motor awak.” - Izaryn

“Dan kalau saya bawa pergi tempat elok, awak hutang budi dengan saya.” – Zaim

Menyewa di homestay milik keluarga Zaim, Izaryn rasa makin lama dia makin suka tinggal di kampung tersebut.Tapi yang sebenarnya, rasa suka itu lebih pada Zaim. 

Hidup Zaim yang selama ini simple tiba-tiba saja berubah dengan kehadiran Izaryn. Namun, ada sesuatu yang membuatkan dia terpaksa menahan hati.

“Saya tak boleh tengok awak senyum pada saya.”

“Kenapa?” Aku tanya dia balik.

“Sebab setiap kali awak senyum dan ketawa, saya rasa nak ajak awak kahwin masa tu jugak. And it’s killing me.”

Aku ternganga. Like... betul-betul ternganga. Aku tak bermimpi, kan? 

Zaim jatuh cinta. Izaryn jatuh suka. 

Namun akhirnya Izaryn terpaksa berundur bila sedar siapa Zaim yang sebenarnya.

Antara cinta dan kerjaya, mampukah Cik Bos Izaryn merasai bahagia dalam kedua-duanya?
*
*
LIMITED EDITION
Tajuk : HEY, MISTER!
Penulis : Farah Husain
Sinopsis :

“Lena? Budak montel kuat makan tu kau kata cute? Kalau kau tak buta, mesti ada something wrong dengan otak kau sampai kau boleh cakap macam tu.” - Aali Azfar.

Lima belas tahun dahulu, Aali Azfar pernah buat hati Lena Qistina terluka. Dan kerana itu, Lena tekad mahu melupakan terus kewujudan lelaki itu. 

Tapi, percaturan takdir menemukan mereka kembali. Tekad Lena mulai goyah apabila Aali berterusan ‘mengusik’ hatinya. Makin dia ‘menolak’, makin Aali ‘mendekat’.

“L is Lena. Lena is Lovely. L is love. And love is... you!” - Aali Azfar.
“Ya Allah, saka bengong dia dah menurun!” - Lena Qistina.

Namun, yang disimpan dalam hati, tetap kekal di situ. Permohonan maaf serta pujuk rayu Aali, Lena buat tak endah.

Kerana ego, Aali ambil keputusan untuk tidak peduli. Tapi kerana ego jugalah, hati dia sakit sendiri. Lena boleh senyum dengan Amer. Lena boleh ketawa dengan Naim. Lena nampak gembira dengan Helmi. Tapi dia? Jadi penonton di tepi, makan hati!

Sanggupkah Aali rendahkan ego untuk dapatkan Lena Qistina sekali gus mendapat kemaafan gadis itu? Dan dapatkah Lena Qistina lupakan khilaf Aali Afzar untuk mulakan kisah baru antara mereka?
atau
WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment