KOMPILASI CERPEN - UNTUK CINTA - limited edition

KOMPILASI CERPEN - UNTUK CINTA - limited edition
Harga RM40.00 SEM / RM45.00 SS
termasuk postage
Sinopsis :
Penulis Baru dan lama bergabung di dalam satu naskah UNTUK CINTA. Sepuluh kisah dari sepuluh penulis digarap indah untuk semua yang ada cinta di hatinya.
BUAT KAMU TERSENYUM - FARAH HUSAIN •
MATAHARI - SUZANA SULAIMAN •
HITAM ITU MENAWAN - HESSA WIDAD •
CINTA HATI ROSA - AIN KAMALIA •
HANNA BELLA - EZZA MYSARA •
SILHOUETTE - ILLA SHANAHILA •
IMAM YANG TERPILIH - CIK FARA HANIEY •
CINTA UNTUK DHIA - MAYA ADIRA •
CINTA ITU ADA - HANA EFRIENA •
YANG HALAL - NIA ADAHAYS -

IMAM YANG TERPILIH - Aara Azaman
*******
“Dira masih marah pada mak su kes yang lepas ke? Abang tengok Dira takut-takut je nak cakap dengan mak su.” Faliq menyoal sebaik saja tubuh montok Mak Su Jannah menghilang.

“Biarlah! Saya dah cakap kat awak, saya tak nak datang sini! Tapi, awak yang paksa saya!” Adira peluk tubuh tanpa memandang wajah Faliq. Rasa sakit hati perlu ditenang dulu.

“Sayang… Pandang abang kejap.” Bahu Adira dipaut namun ditempis kuat.

Masam mencuka wajah si isteri. Marah sangat nampak gayanya.

“Mak su dah tua Dira. Takkan sebab peristiwa lama Dira buat muka? Lagipun apa yang mak su buat memang tindakan yang betul. Mana ada perempuan panjat pokok kelapa. Dira sorang je buat perangai lasak macam tu.”

Terus cemberut wajah Adira apabila peristiwa lama dibangkit. Betul juga apa yang Faliq beritahu. Dia perempuan. Mana ada perempuan suka-suka panjat pokok kelapa? Dialah orang pertama pecah rekod kampung ini.

“Abang sendiri pun tak pandai panjat pokok kelapa tahu!” usikan Faliq membuat Adira pantas berpaling. Memandang wajah Faliq yang sedang menyembunyikan tawa.

“Padahal pengecut. Saya tahu awak tak berani panjat pokok!” Adira ketawa mengejek. Terasa lucu pula membayangkan kalau Faliq yang panjat pokok kelapa belakang rumah mak su. Tentu tak turun-turun dah!

“Amboi… Sukanya mengata abang depan-depan. Siapa cakap abang pengecut?” puncak hidung Adira ditarik.

“Isy, sakitlah! Suka sangat nak pegang-pegang orang!” tajam jelingan Adira. Paling tidak suka apabila Faliq suka sentuhnya. Sebab setiap kali Faliq sentuh, setiap kali juga hatinya bagaikan disentuh dengan kelembutan si suami.

“Abang tak pegang orang. Abang pegang bidadari syurga abang.” Faliq mendekatkan wajahnya ke wajah Adira menjadikan gadis itu terkunci mulut.
atau

WhatsApp 010-4398892
atau

No comments:

Post a Comment