HERO HATI NAJIHAH

LIMITED EDITION
RM40.00 SEM / RM45.00 SS
termasuk postage
last stock
Tujuan Amir mengusik Najihah adalah untuk membuatkan Najihah ‘pandang’ dia kembali, mahu membuatkan Najihah kembali menyukainya.

“Mana awak tahu saya yang call?” - Amir
"Awak je yang ada perangai kurang kasih sayang macam ni." – Najihah
Namun, dalam permainan Amir, dia mula terjerat dengan cinta. Kalau dulu Najihah yang tergilakan dia, kali ini dia pula yang terkejar-kejar.
Bila Najihah mula mahu memberi ruang pada Amir, dia baru tahu Amir itu adalah ‘crush’ dia waktu di universiti dahulu!
Crush yang memberi titik hitam.
Crush yang ingin Najihah lupakan.
Bagaimana Amir boleh jadi Abang Che yang dia gila-gilakan dulu? Lelaki yang menjadi penyebab dia bertarik rambut dengan Bella dulu. Lelaki yang dulunya terang-terangan berkata takkan memilihnya walau apa pun yang berlaku?
Akibat malu yang teramat, Najihah cuba untuk lari. Mana mungkin dia sanggup untuk bersua muka dengan lelaki itu. 
Tetapi, pujukan Amir buat Najihah kalah. Makin Najihah ingin lari, makin dia terasa tidak berdaya.
“Sayang, awak tahu tak apa beza awak dengan semut?”
Aku picingkan mata pandang dia. Riak wajah dia tu aku faham sangat. Ada la tu dia nak membahan aku. 
Dah sah-sahlah aku dengan semut ni banyak beza.
“Apa beza dia?” soal aku, ikut rentak dia.
“Semut ni merangkak-rangkak atas lantai, awak pulak merangkak-rangkak dalam fikiran abang.”
Aku diam. Sikit lagi nak buat krikk... krikk... tapi tak sampai hati.
“Apa teruk sangat pick up line abang ni?” Sedaya upaya aku tahan ketawa
Apakah titik bahagia yang jauh dari jankauan akan mampu mereka capai?

WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment