Surat Ungu untuk Nuha ~ Noor Suraya

BEST SELLER! 
MAHADEVI SAMBUNGAN SURAT UTK NUHA

Ramai yang membeli balik buku yang hampir 10 tahun usianya. Ini kulit baharunya.

Pada siapa yang dah baca Surat Ungu untuk Nuha - sambungannya dalam Mahadewi ya.

SURAT UNGU UNTUK NUHA
RM20.00
poslaju RM7 SEM/ RM11.00 SS


Yang belum baca - ini sinopsis dia yang panjang.

CERITA INI mengenai Nuha Tajul Ariffin seorang gadis muda yang bertugas sebagai jururawat desa di kawasan pendalaman – Kota Kuala Muda. Dihantar jauh ke Utara sangat dia ‘raikan’ apabila anak lelaki jiran sebelahnya yang dia kenal sejak kecil memilih untuk berkahwin dengan Dr. Raniya Wafa’. Dr. Raniya bukan sahaja pandai, cantik bagai bidadari tetapi juga pernah menjadi seorang sukarelawan di khemah pelarian di Kandahar (bersempadan dengan Afghanistan) anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memberi khidmat pada kanak-kanak mangsa perang.

Sebenarnya, Faisal tidak tahu pun yang Nuha suka kepadanya dalam diam-diam. Sejak kecil pun, Faisal selalu menganggap Nuha sebagai adiknya sahaja. Sejak mendapat surat undangan ungu daripada buah hati rahsianya, Nuha mengambil keputusan untuk segera bertolak dengan kereta api malam Ekspres Langkawi. Dia sudah ada alasan yang cukup baik untuk tidak menghadiri majlis akad nikah Dr. Faisal-Dr. Raniya – rahsia yang dia simpan tidak ada siapa yang tahu.

Sepanjang perjalanan ke Utara, Nuha menyimpan sebak dan air mata mengenang nasibnya. Bagaimanapun apabila sampai di Tanjong Malim, kerusi sebelahnya yang kosong sejak di KL Sentral sudah terisi orang. Ketenangan yang dia harap kala merawat hatinya yang walang musnah apabila seorang lelaki berambut Afro (yang duduk sebelahnya itu) tanpa sengaja melakukan pelbagai perkara yang menyakiti hati Nuha. Misalnya, tertidur di bahunya. Nuha yang sedang marah, memukul kepada lelaki itu dengan botol air mineral.

Muzzammil Muadz.

Mereka rupanya bukan sahaja rakan seperjalanan ke Butterworth malam itu, tetapi juga rakan satu teksi keesokannya ke Kampung Permatang Nyiur serta yang lebih menyakiti Nuha pula Muzzammil itu anak kepada tuan rumah sewanya.

Muzzammil atau lebih dikenal sebagai Alang, memang seteru Nuha – habis-habisan.

Lalu bermulalah siri perbalahan dan pertengkaran yang panjang antara kedua-dua teruna-dara ini. Muzzammil pernah belajar di Jerman, dan baru sahaja pulang dari Hobart, Tasmania kerana bekerja sebagai penyelam mutiara di sana itu pula memang tidak disenangi ayahnya – Tuan Haji Ahmad Yatim (orang kaya kampung yang memiliki sawah bendang serta kilang beras). Malah Muzzammil ke Hobart dulu pun sebab bergaduh dengan ayahnya. Haji Yatim tidak menyukai Muzzammil suka membuang masa dengan menulis sajak dan tidak mahu bekerja tetap.

Kepulangan Muzzammil berwawasan kali ini. Dia kemudiannya membantu ayahnya menguruskan kilang padi selain mengusahakan sawah bendang. Lalu, apabila gadis Kuala Lumpur anak bekas senator bertemu dengan anak lelaki orang bendang dari desa – banyak betul perselisihan faham antara mereka. Nuha sebagai jururawat desa pernah menjahit tangan Muzzammil yang luka kerana kena mata pisau sewaktu mengoyak kulit kelapa.

Sejak itu dendam mendendam semakin menjadi-jadi.

========================================================== Bagi sy novel kak su mmg best. (Y) antara review di goodreads.. sy share link ini.. https://www.goodreads.com/book/show/31430995-mahadewi
HARGA RM28.00 poslaju RM8.00 SEM / RM12.00 SS SINOPSIS MAHADEWI - NOOR SURAYA

[1]
Surat Putih untuk Alang

Setelah empat tahun berlalu, ayuh kita kembali menyoroti Muzzammil Muadz dan Nuha dekat rumah kecil di tepi sawah bendang yang permai. Apa pula yang terjadi kalau tiba-tiba sahaja Nuha mendapat tawaran sambung belajar di Kuala Lumpur dan Alang pula jauh di Kota Kuala Muda? Alang Rebus Tak Empuk dan Misi Nuha yang sentiasa kecoh sejak Surat Ungu untuk Nuha (2007) ini tentu anda masih ingat kisah mereka! Dengarlah cerita mereka selanjutnya...

[2]
Panggil Saya Mawar

Sila ‘check-in’ di Rumah Teh Timor dan nikmati dingin petang dan segarnya udara Tanah Tinggi ini sambil minum secawan teh Sutera-Timur dengan sepotong Pavlova. Setelah empat tahun menjadi suami isteri, Wadi Hannan dan Dahlia sudah ada si kecil: Mawar. Apa kata anda kalau rumah peranginan ini ditutup? Bantulah Dahlia membuat keputusan. Bacalah sambungan kisah yang dekat di hati ini sejak Panggil Aku Dahlia (2008) anda kenal..


antara kata-kata dari Puan Penulis Suraya..
 "Nasihat kaksu, kalau hendak beliMAHADEWI, kenalah pernah baca Surat Ungu untuk Nuha dan Panggil Aku Dahlia."
"p/s: Kalau nak rasa air tangan Noor Suraya Adnan Sallehudin ala-ala Jaja&Din-NTS (Nyanyian Tanjung Sepi) memang wajib baca 'Surat Putih untuk Alang' ni dalam Mahadewi.
Dalam Mahadewi ada satu lagi cerita tunggu ya nanti saya teaser sikit kasi jelesssssssss
Sedutan:-

Alang: Alang minta maaf na. Jom, kita makan cendol bawah pokok ketapang dekat simpang tu.
(Nuha diam - konon la merajuk)
Alang: Alang minta maaf, boleh?
(Misi Nuha oii sudah-sudah la merajuk tu kesian kat encik suami nak makan cendol)
Nuha: Nuha sibuk, nak jemur bantal kekabu semua ni.
Alang: Tak payah jemur, tengok hari nak hujan dah!
(mood memujuk lagi)
Nuha: Jadi tak payah la makan cendol kan dah nak hujan.
(Nuhaaaaaaaaaaa....)
Alang: Amboiiiii"

atau
WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment