Selingkuh ~ Aini Marisha

 ATAS : REVIEW SELINGKUH
SELINGKUH ~ STOK TERHAD

HARGA RM33.00 SEM / RM38.00 SS

termasuk postage

SAMBUNGAN SELINGKUH 2 IAITU "JANGAN KAU LARI" BAKAL TERBIT.  
[ BELUM BKK PRE ORDER]. 
Kalau nak tahu dan nak faham jalan cerita dengan lebih jelas, kalau belum beli novel Selingkuh, masih boleh beli dengan saya sebab stok masih ada lagi tetapi terhad.


atau
WhatsApp 010-4398892
atau
saya nak share beberapa petikan di dalam bab  "JANGAN KAU LARI"  ini.  
Kalau nak tahu dan nak faham jalan cerita dengan lebih jelas, kalau belum beli novel Selingkuh, masih boleh beli dengan saya sebab stok masih ada lagi tetapi terhad.
Berkenaan petikan di bawah: Apakah yang telah berlaku sebenarnya? Apakah rancangan Hazlan demi melunaskan dendamnya pada Farisya....dan apakah yang dia mahu dari Rania.
“Apa yang kau dah buat ni Hazlan? Mana Damia? Kenapa telefon Damia ada pada kau.” Rania sudah merah mata, tubuhnya sudah menggeletar. Dia berpusing-pusing di dalam bilik dalam keadaan serba tidak kena. Jantungnya berdegup kencang. Dia sangat bimbangkan Damia walaupun hakikatnya Hazlan adalah bapa kepada anaknya itu.
“Don’t you dare do anything to her Hazlan. Don’t you dare. If anything bad happen to her, aku akan make sure kau dapat balasannya di dunia ni lagi!!!” 
Air mata Rania sudah bertakung. Dia cuba mengawal kemarahannya tetapi dia tidak mampu. Dia ketakutan…, bukan kerana takutkan Hazlan tetapi sangat takut kehilangan Damia. 
“Sabar sayang. Dia kan anak abang juga. Tak kan lah abang tergamak nak apa-apakan dia. Abang ada di rumah kita. Damia pun ada depan abang ni. Abang tunggu Rania balik ya. Abang rindu nak makan semeja macam dulu-dulu.”
“Ya Allah Hazlan. Please wake up okey!. Apa yang kau merepek kan ni? Kau sedar tak apa yang dulu-dulu tu dah tak wujud lagi! Dah musnah atas kesilapan kau sendiri. Kau yang tak bersyukur dengan kebahagiaan yang Allah dah bagi pada kau. Dan sekarang kau gila ke apa nak bercakap pasal makan duduk semeja semua ni!” bentak Rania keras. Dia sangat marah dengan tindakan Hazlan yang sanggup mengugutnya dengan cara yang kotor iaitu menculik Damia.
“Sayang…, abang cakap baik-baik ni. Kita masih boleh rujuk sayang. Abang minta maaf. Ya, abang pernah buat salah tapi abang dah menyesal. Abang nak keluarga abang yang dulu. Abang rindu pada sayang, pada anak kita dan sebab itulah abang sanggup lari keluar dari penjara.”
“Anak kita pun dah semakin besar, semakin cantik macam mommynya.” Hazlan menyambung katanya lagi. Rania memejamkan matanya. Tidak mampu membayangkan bahawa Damia sedang berada bersama seorang lelaki yang dikendaki polis kerana melarikan diri dari penjara. Walaupun Hazlan adalah bapa Damia tetapi masa dan keadaan sekeliling boleh mengubah diri seseorang.
“Kalau sayang nak jumpa anak kita lagi, sayang balik ke rumah sekarang. Abang tunggu ya.”
Talian diputuskan. Rania terkedu. Lama dia terdiam dengan helaan nafas turun naik yang kencang. Tubuhnya masih lagi menggeletar. Fikirannya buntu, dia tidak dapat berfikir dengan waras dan tidak tahu apa yang patut dia lakukan sekarang.
Rania mengangkat telefon bimbitnya semula. Dengan jari yang bergetar dia menekan butang panggilan.
“Taufiq…, I need you. Please help me. I really need your help.”
“Rania, calm down Rania. You dekat mana sekarang ni. I datang jumpa you.”
“I kat ofis sekarang. I tak tahu nak buat macam mana.”
“Okey, I datang sana dalam 15 minit lagi. Please calm down okey. You tunggu I datang. Dah sampai nanti I text you, you turun.”
Rania meletakkan telefon bimbit di atas meja. Dia menutup wajah dengan tapak tangan. Air mata sudah mengalir turun. Ketika ini dia sudah terasa lemah. Lemah kerana kekuatannya selama ini iaitu Damia telah berjaya dirampas oleh Hazlan.
“Ya Allah, bantulah diriku Ya Allah. Tolonglah lembutkan hati Hazlan untuk menyerah diri kepada pihak polis dan supaya dia tidak mengapa-apakan Damia.” 
Rania duduk di kerusi, cuba mententeramkan perasaannya. Dia menggeleng kepala. Dia sendiri tidak faham dengan tindakannya tadi yang telah menelefon Taufiq Hidayat sedangkan ada orang lain yang boleh membantunya di waktu ini.
Rania bangun dari kerusi kemudian mengangkat gagang telefon Pejabat.
“Assalam Datin, saya ada emergency case kat rumah. Boleh saya minta cuti hari ni.”
“Baik Rania. It’s fine with me..”
Rania lega apabila Ketua Jabatannya itu membenarkan tanpa banyak soalan. Mungkin kerana Rania memang jarang mengambil cuti jadi apabila sekali dia memohon secara kecemasan begini, ketua jabatannya yakin bahawa memang betul-betul terdapat urusan penting yang perlu Rania selesaikan. 
Selepas menutup talian komputer, Rania bergegas keluar dari biliknya. Oleh kerana dia telah berjanji dengan Taufiq Hidayat, dia turun juga menunggu di kawasan lobi. Apabila berada di dalam perut lif, pesanan dari Taufiq Hidayat diterima menyatakan bahawa dia telah sampai.
Rania terus keluar dari bangunan Istana Kehakiman dan menuju ke kereta Taufiq Hidayat yang sudah sedia menunggu.
“Thank you for coming Taufiq.” Sapa Rania apabila dia sudah duduk di sebelah lelaki itu di dalam kereta.
“Ini bukan masalah besar. Sekarang ni I nak tahu apa masalah you tadi. Takut I dengar suara you tadi Rania.”
“Hazlan…” Rania menyebut nama itu dengan hati yang gusar.
“Kenapa dengan dia, Rania? Dia ada datang cari you ke?” tanya Taufiq Hidayat. Akhirnya nama Hazlan muncul juga antara mereka. Bukan Taufiq Hidayat tidak tahu kisah Hazlan yang melarikan diri dari penjara tetapi dia berfikir…siapalah dia untuk mencampuri urusan Rania. Dia adalah orang luar yang tidak ada kena mengena langsung dengan apa yang berlaku di dalam kehidupan Rania. Cuma dia berdoa dan berharap dari jauh agar Hazlan segera ditangkap dan tidak menganggu hidup Rania dan Damia atas hubungan kasih dan cintanya pada wanita itu.
“You tahu pasal dia?”
“Pasal dia lari dari penjara? Off course Rania. Semua orang tahu. Kalau I tak tahu sendiri pun, Kamarul pasti akan beritahu I. Cuma I tak lah tanya you sebab I tak nak you susah hati.”
Rania tunduk dengan perasaan serba salah. Perlukah dia menceritakan kepada Taufiq Hidayat tentang apa yang telah dilakukan oleh Hazlan?
“Rania!”
Panggilan dari Taufiq menyedarkan Rania. Air matanya bergenang semula kemudian tanpa sempat ditahan mengalir membasahi pipinya. Taufiq Hidayat terkejut melihat keadaan Rania.
“Hazlan ada di rumah kami sekarang bersama Damia. I’m scared Taufiq. Dia suruh I balik ke rumah sekarang sebab dia kata dia nak kami hidup macam dulu, bahagia macam dulu.”
“Gila!” Tercetus perkataan itu di bibir Taufiq Hidayat. Perasaan geram memenuhi dirinya. 
“Kita patut buat laporan polis Rania. Perbuatan dia dah melampau.”
“No! Jangan Taufiq. I takut dia akan apa-apakan Damia. I tak sanggup hidup kalau Damia tak ada di sisi I. I nak balik. I rasa I sanggup ikut apa yang dia nak kalau itu yang akan dapat selamatkan Damia dari diapa-apakan.”
“Jangan bertindak terburu-buru Rania. Tak kan lah dia sanggup nak apa-apakan anak dia sendiri. You’re a lawyer. I pasti you bijak membuat keputusan.”
“You jangan lupa Taufiq. I seorang ibu. Peranan dan tanggungjawab I sebagai seorang ibu melebihi dari segala apa yang I ada di dunia ini. Jika dibandingkan dengan segala harta dan wang ringgit yang I ada, I sanggup tinggalkan demi Damia.” 
Bergetar seluruh tubuh Rania apabila dia menuturkan ayat-ayat itu. Semangatnya semakin membara apabila nama Damia disebut kerana sesungguhnya anak itu adalah kekuatannya untuk terus meniti kehidupan di masa hadapan.
“Maafkan I Rania. I faham apa yang you sampaikan. Cuma I nak you buat keputusan yang rasional agar masalah yang melanda ini akan dapat diselesaikan dengan jalan yang paling baik di mana Damia akan dapat diselamatkan dan Hazlan dapat ditangkap semula. I tak nak you korbankan diri you. Jangan bagi Hazlan nampak yang you lemah dan mengalah.”
“Taufiq…, Hazlan tahu di mana kelemahan I sebab dia pernah menjadi suami I. Dia pernah menjadi teman sebumbung, teman sekatil yang mana kami berkongsi segala-galanya dari segi perasaan, masalah, suka duka, kasih sayang. Hazlan tahu yang Damia adalah kelemahan I yang terbesar dan tiada komprominya.”
“Rania, dulu mungkin ya. Tapi sekarang ni dah hampir 3 tahun you dan dia terpisah. Perceraian itu sahaja satu bukti yang menunjukkan dia tidak boleh mengawal diri you dengan cintanya. Itu membuktikan yang you bukan buta kerana cintanya. So…, jangan kembali kepada keadaan yang lama Rania selepas you telah buktikan kepada semua, kepada dia bahawa you adalah seorang wanita yang kuat!” Taufiq Hidayat cuba menyedarkan Rania. Dia tidak mahu Rania menjadi wanita yang lemah. Bukan dia bermaksud menyuruh Rania mengorbankan Damia tetapi dia mahukan satu penyelesaian yang terbaik.
Rania tersentak. Telefon bimbitnya berbunyi lagi. Dia cepat-cepat meraba telefon bimbit yang berada di dalam beg tangan. 
“Kenapa sayang tak balik lagi ni? Sayang dah tak sayangkan Damia ke? Sayang ingat abang tak berani nak buat perkara buruk pada anak kita? Jangan cabar abang sayang. Kalau sayang tak sampai ke rumah dalam masa 10 minit, sayang bersedia lah terima akibatnya!!!”
“Hazlan! Kau jangan….” Belum sempat Rania menyambung kata, talian telah diputuskan. Rania cuba menelifon kembali tetapi talian tidak dapat ditembusi. Tangan Rania semakin menggeletar. Dia mengeleng kepala dan kolam air mata telah pecah lalu berderai membasahi pipinya. Taufiq Hidayat terus memberhentikan kereta di tepi jalan. Persimpangan ke rumah Rania hanya beberapa meter di hadapan mereka.
“Rania…, I tahu I tak berhak untuk masuk campur dalam urusan ni. Tapi I memang tak setuju kalau you nak balik ke sana berjumpa dia.”
“I need to go Taufiq. I’m a mother. I sanggup berkorban apa sahaja demi keselamatan anak I. I tahu apa yang I buat salah dari segi undang-undang tetapi dari hati seorang ibu, I know I’m doing the right thing. Thanks for everything Taufiq. Andai jodoh kita memang telah ditakdirkan, yakinlah bahawa kita akan tetap bersatu kembali.”
Perlahan-lahan Rania membuka pintu kereta. Dengan berat hati dia keluar meninggalkan Taufiq Hidayat yang kecewa dengan keputusan yang diambil oleh Rania. Namun apa dayanya. Kasih sayang seorang ibu yang sejati akan mengatasi segala hukum di dunia ini. Taufiq Hidayat hanya mampu memandang langkah Rania yang semakin lama semakin jauh meninggalkannya. Taufiq Hidayat mengenggam erat stereng kereta. Dia serba salah sama ada ingin masuk campur atau tidak di dalam masalah ini. Lalu dia nekad membuat keputusan.
“No! Aku tak mahu kehilanganmu Rania, begitu juga Damia. I won’t let you make this decision.”
Taufiq Hidayat terus keluar dari kereta dan cuba mengejar langkah Rania. Tetapi dia terlambat. Rania telahpun masuk ke dalam rumah. Taufiq Hidayat berdiri di depan pintu pagar dengan perasaan yang semakin gelisah. 
“Lupakan dia Taufiq. Mungkin apa yang dia buat ini adalah betul.”
“Tummmmm!!!!” Baru sahaja Taufiq Hidayat hendak melangkah pergi, dia terkejut apabila terdengar bunyi seperti tembakan pistol dari dalam rumah.
“Rania!!!!” Taufiq Hidayat memanggil dengan kuat. Pintu pagar automatik itu tidak terbuka.

No comments:

Post a Comment