Kombo February Intens


PRE ORDER
Kombo Feb 2017 
SETIA - Reen Syazreena.
TOPENG SI PEMUJA HATI - Nur Rass Lestari
RM50.00 SEM / RM55.00 SS
Penghantaran percuma



Tajuk: SETIA.
Penulis: REEN SYAZREENA.
Blurb : Kau tiada dalam sketsa mimpiku
Namun tercatat sebagai belahan jiwaku

‘Mohon jangan jatuh hati pada I. I akan mati!’

DUA potong ayat itu membunuh rasa.Dua baris amaran itu pemusnah anganan impian.Dan kerana bait kata itu, enam tahun Rania menyimpan rahsia dan membungkam rasa. Enam tahun Rania cuba bangkit daripada kepalsuan. Sangkanya, kisah si palsu itu telah tamat dan tak akan pernah punya sambungan lagi di saat dia berpegang pada realiti. Namun, mereka bertemu…

“But life ain’t a fairy tale. Prince charming tak wujud,” ujar Rania dengan nada kecewa.
“Sebelah you ni bukan prince charming, ke?”
Rania mencebik. Tak kelakar langsung lawak Zafrill. “Perasannya.”
Zafrill ketawa lagi. “Well, except for status I yang bukan kerabat diraja, I rasa I seorang yang charming. Charming enough for you.” 
“Mana-mana I pergi, you ada je. You tak ada kerja lain ke Rill?” 
Zafrill ketawa. “I kan bayang-bayang you.” 

APABILA realiti dan fantasi bergabung menjadi satu, dia keliru. Cuma yang pasti, dia tak akan biarkan dirinya tertipu lagi. Namun Rania tersepit jua…

“Nia, abang I sangat cintakan you.” 
Rania angkat muka memandang Zafira. Lama dia memandang adik Zafrill ini sebelum dia bersuara. Teringatkan WhatsApp Iskandar, waktu sama teringatkan juga wajah sayu Zafrill yang pertama kali dimaklumkan berita tentang perkahwinannya.
“Iskandar juga sangat cintakan I.”
Zafira sedikit merengus. Geram sangat dia apabila asyik nama lelaki bermulut puaka itu yang disebut.
“Tapi you cintakan abang.”
“Bila masa I cakap I cintakan dia? Kalau you minta I kahwin dengan dia sekarang ini hanya disebabkan dia sakit nak mati, bukankah itu bermakna apa yang I lakukan hanyalah atas dasar simpati, bukan atas dasar cinta.”

Siapakah pilihan Rania? Masihkah dia menjunjung ego kerana kisah silam keluarganya atau merealisasikan kesetiaan antaranya dengan Zafrill yang melukakannya dahulu?

=====================

Tajuk: TOPENG SI PEMUJA HATI.
Penulis: RASS LESTARI.
Blurb : Setebal mana topengmu, akan kusingkap satu persatu

“Isteriku Fayruz Nur Khairani, La tahzan,” tubuh Fayruz, Thaqiff pusingkan semula.
“Saya pergi untuk empat hari tapi kunjungan malaikat Izrail kita tak tahu bila dan di mana. Sebagai manusia kita kena sentiasa bersedia. Manalah tahu kalau ditakdirkan umur saya tak panjang, sekurang-kurangnya saya sempat berpesan untuk isteri kesayangan saya ni.”
Dengar saja soal umur, air mata Fayruz semakin deras mengalir. Bibirnya bergetar menahan kesedihan yang kian mencengkam sanubari. 
“Dah habis semua pesanan awak? Sekarang dengar pula pesanan saya,” Fayruz menyeka air matanya.
“Kat sana nanti, awak kena belikan saya coklat banyak-banyak. Lepas tu, awak kena janji bawa saya pergi honeymoon lepas awak balik dari sana dan satu lagi saya nak awak belikan saya rantai emas yang besar berliannya. Semua barang tu mesti dan wajib awak sendiri yang bawa, faham tak?”

BEGITULAH mereka. Seorang kaki penipu, seorang bak ustaz! Seorang materialistik, seorang lagi romantik! Kedua-duanya bertopeng tapi nawaitu mereka tetap satu, CINTA! 

DISATUKAN atas ‘urusan perniagaan’, mereka menerima antara satu sama lain. Namun, kebahagiaan yang mula terasa kian rapuh bila kisah tujuh tahun lalu menghantui Puan Sri Sharum, ibu Thaqiff. Dia perlu korbankan salah seorang daripada mereka. Siapakah yang menjadi mangsa? Thaqiff atau Fayruz? 


WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment