Kerana Aku CInta Kamu ~ Sophielea

LIMITED PRINT.
TIADA JUAL DI KEDAI
HARGA RM45.00 SEM / RM52.00 SS
termasuk postage
Epilog
Raihan cuma menyendiri saat ini. Mahu sahaja rasanya dia punya sayap dan terbang tinggi ke awan, kemudian hinggap di ranting kayu. Terus menanti ‘dia’ disitu. Tapi dia cuma mampu bermimpi. Masakan dia punya sayap. Mahu berjalan sahaja kakinya kerap lelah.
Raihan berjalan perlahan ke katil. Duduk di bucu katil telefon bimbit masih di tangan. Rindunya tak usah diteka kalau di jiwanya sekarang hanya ada satu nama. Mata Raihan dipejamkan seketika. Membayangkan kalau saat ini dia sedang berada dalam pelukan si’dia’.
Rindu bagaikan terjebak di sebuah tembok yang tidak berpintu. Kita tak akan dapat keluar darinya. Saat aku merindu aku hanya mampu menitipkan namamu dalam setiap doaku.
Lelahnya hati saat rindu memburu di jiwa. 
“Raihan...” Panggilan itu buatkan Raihan berpaling. Berkalih matanya memandang seseorang yang muncul dalam diam. Raihan tersenyum. Namun saat kakinya melangkah mendekati bayangan itu hilang. Wajahnya kembali suram.
Raihan.. 
Kata-kata ‘dia’ kembali bergema
...cinta dan kesetiaan teruji saat jarak memisahkan kita. Namun kepercayaalah yang mampu mempertahankannya. Merindui Raihan adalah sesuatu yang sangat indah dalam kesepian cinta saya.
...Raihan...doa itu adalah bahasa rindu dan cinta yang paling cepat untuk sampai ke dalam hati dan jiwa. Doa saya sentiasa ada untuk Raihan. 
‘Allah kirimkan rindu ku padanya.’


atau
WhatsApp 010-4398892
atau

No comments:

Post a Comment