I HATE YOU ABANG SINGA > IHYAS ~ ZAITON ABEUL RAHMAN

Harga RM27.00 SEM / RM30.00 SS
postage RM8.00 / RM11.00



“ Aleesya Syaurah binti Ahmad Kamil. Aku ceraikan engkau dengan
talak satu. Berambus kau dari hidup aku!” – Emir Haidar
Kisah Emir Haidar dan Aleesya Syaurah yang berpisah kerana satu
tragedi yang berlaku. Aleesya membawa diri ke Kuala Terengganu
manakala Emir Haidar membawa diri ke Busan, Korea. Ketika sedang
melayan perasaan rawan di hadapan Masjid Terapung, Aleesya
ditegur oleh seorang lelaki yang dikenalinya. Allah temukan Aleesya
dengan lelaki itu dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Orang
yang dia benci itulah yang cuba membantu menenagkannya.
Bermulalah episod baharu dalam hidupnya bila Aleesya ditawarkan
bekerja di pejabat lelaki tersebut.
“ Saya rasa saya dah jatuh hati dengan orang yang sedang pegang
baju kurung warna kuning tu. Agak-agaknya dia sudi tak terima
saya? - Zafril Rahimi
Emir Haidar menyesal kerana menceraikan Aleesya Syaurah, dia balik
ke Malaysia dan terkejut melihat keadaan Aleesya Syaurah yang
berbadan dua semasa pengkebumian ib u mertuanya. Emir Haidar
menjadi bos di tempat Aleesya mencari rezeki dan bermulalah misi
Emir Haidar untuk memikat semula hati bekas isterinya itu.
“ Kalau macam itu, kita rujuk semula ya, sebelum edah sayang
habis.” – Emir Haidar
“ Tak nak! Saya tak mahu jadi isteri encik lagi. Saya dah serik!” –
Aleesya Syaurah
Berjayakah Emir Haidar dalam misinya? Apa yang bakal Emir Haidar
lakukan supaya Aleesya menerimanya semula sedangkan hati
Aleesya sudah kering dan mati untuk lelaki itu.
Siapakah yang menjadi pilihan Aleesya Syaurah?


WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment