S Baju Kurung Kasut Kanvas ~ Umie Nadzimah

atau
WhatsApp 010-4398892

Semenanjung : RM23
Sabah/Sarawak : RM26

Kata emaknya, Cik Pah, Suria Rihana tak pandai melawa, sebab itu tak ada lelaki mahu mendekat. Dia cuma tahu pakai baju kurung, baju kurung dan baju kurung. Mahu runtuh langit kalau dapat tengok dia pakai skirt labuh macam anak-anak dara zaman sekarang. Lagi satu,dia tak reti pakai kasut gegirl, yang dia tahu hanyalah kasut kanvas tapak rata tu. Pergilah mana pun, fesyen dia itu, itulah juga. Buruk sangatkah berpenampilan begitu? Emak dia dan sepupunya, merangkap anak saudara kesayangan Cik Pah a.k.a musuh ketatnya selalu menghina pemakaiannya. Emak mentua dan bakal suami tak jadinya pun sama. Malah calon-calon menantu pilihan emaknya juga memandang dia sebelah mata. Sebab itulah emak dia sering menyalahkan Suria. Emak susah dapat menantu sebab Suria tak pandai bergaya. Tiada lelaki yang berkenan! Pada suatu petang yang sedih, dia telah ditakdirkan berjumpa dengan seorang pak cik sado yang tinggi kualitinya. Zaman sekarang susah nak jumpa mamat-mamat yang boleh bergantung harap. Yang dia jumpa sebelum ini semuanya hampas-hampas belaka. Persoalannya, nak ke pak cik berkualiti tu pada dia?Ada ke lelaki yang tidak pandang rupa paras si bakal isteri? Dia tidak cantik, pakai pun sempoi giler...

“Nak buat apa lawa?” - Gary Rahman

Suria membulatkan mata. Lelaki ini lagi mau tanya nak buat apa lawa? Bukankah dia sendiri pun nak cari isteri yang cantik, bergaya, vouge?

“Kalau awak nak tahu kebanyakan isteri yang diceraikan suami-suami kat Malaysia ni lawa-lawa tau! Jadi, apa jaminannya lawa tu boleh buat orang bahagia?” - Gary Rahman

Suria mencebir. Banyaklah cakap! Sendiri pun hampir mereput tak kahwin-kahwin sebab nak pilih perempuan lawa-lawa. Kata tak perlu cantik, lawa, seksi bagai. Tapi yang hadiahkan orang kasut tinggi melangit dan gincu bibir warna merah jambu tu apa kes? Apa tujuannya?

Bagaimanakah pengakhiran kisah cinta dan konflik kekeluargaan si gadis sempoi berbaju kurung berkasut kanvas yang berjiwa cekal ini? Bacalah naskhah ini dari muka surat pertama sehingga perkataan tamat untuk cari jawapannya...




No comments:

Post a Comment