Cinta Ku Tak Buta ~ Sarnia Yahya

atau
WhatsApp 010-4398892


READY STOK

RM45SEM / RM50.00 SS

termasuk postage

LIMITED PRINT


BLURB – CINTAKU TAK BUTA
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata... 
Keegoannya sebagai suami dicabar oleh seorang isteri, lantas talak tiga dijatuhkan walaupun sayang, walaupun cinta masih di dada... 
Kehidupan Adam dan Amna berubah sama sekali. Adam bertekad hendak memiliki Amna kembali; Amna hendak membina kehidupan baru. 
“Terima kasih untuk dua tahun kita hidup bersama. Am bahagia sangat menjadi isteri abang. Dapat mencintai abang dan membahagiakan abang walaupun sekejap. Halalkan segala terkurang selama kita hidup sebagai suami isteri.” – Amna 
“Terima kasih untuk kasih sayang Am untuk abang...” - Adam 
Bukan Amna tak cinta. Bukan Amna tak sayang. Tetapi, situasi mereka tidak memungkinkan untuk mereka kembali bersama. Dia harus meneruskan hidupnya begitu juga dengan Adam. 
“Abang nak Am balik.” – Adam. 
“Apa yang abang merepek ni? Tak ingat ke talak berapa yang abang bagi pada Am?” – Amna. 
Adam menggila; emak dan Ramsul, abang Amna sama naik gila. Keguguran Amna semakin membuat Adam rasa bersalah. Adam semakin nekad, mencari seseorang untuk menjadi cina buta walaupun tidak sanggup bekas isterinya berada di dalam pelukan lelaki lain. Siapakah lelaki yang akan menjadi cina buta Adam untuk Amna?

No comments:

Post a Comment