Akulah Perempuan Yang Kau Singkirkan ~ april snow

atau
WhatsApp 010-4398892
atau



TIADA D KEDAI
LIMITED EDITION - STOK TERHAD
LIMITED EDITION
RM53.00 SEM / RM56.00 SS
harga termasuk postage


Joanne Cassandra Matthew. Baginya lelaki melayu tak boleh dipercayai. Mereka pendusta dan penindas paling kejam! Menggunakan kuasa dan agama untuk kepentingan diri sendiri. Tiada lelaki melayu diizinkan singgah di hati. Jauh sekali menjadi nakhoda hidup. Sejarah mendiang ibu takkan berulang. Tapi..kemunculan Azhad Nufail menggugat lafaz dan tekad. Lelaki melayu itu memang tak faham bahasa!
Azhad Nufail tidak menyangka pertemuan pertama di WIP mengheret diri untuk kenal seorang Jo. Jo yang cantik seksi tapi dingin beku. Jo yang tak layan segala usik dan kata pemikat. Godalah macammana carapun, semuanya tak jalan. Cabaran memikat Jo disahut mudah. Tiada perempuan yang tak tersungkur di kakinya. Azhad Nufail tak pernah fail! Ternyata, Jo bukan makanan Azhad. Salam pertama hampir berakhir dengan buku lima di muka! 
“Kau dengar sini. Aku tak kenal kau siapa. Dan aku tak peduli kau siapa. Aku nak cakap satu aje dengan kau. Jangan kacau aku. Jangan kacau hidup aku. Aku memang pantang orang yang aku tak kenal kacau aku. Kalau nak rasa penumbuk aku, cubalah.”- Jo 
Tanpa Jo ketahui, Azhad rupanya Vice President yang baru ditukarkan ke ibu pejabat dia bekerja. Makin mudah Jo didekati. Godaan Azhad tak bertepi. Tapi Jo tak peduli. VP pun dia marah dan maki. Azhad itu lelaki melayu. Lelaki melayu memang dia benci! Azhad tak peduli. Makin ditolak tempik makin dia berani mendekati. Marah dan maki ditulikan tanpa rasa di hati. Yang penting Jo mesti dimiliki. Lelah Jo dikejar himpit sana dan sini. Penumbuk dan maki langsung tak menjadi. Akhirnya terpaksa dibuka rahsia yang dia simpan ketat selama ini. 
“Ini kubur lelaki yang tinggalkan ibu aku. Tinggalkan ibu aku tanpa talak.” – Jo 
“Sebab dia, you benci lelaki melayu? Sebab dia, you mati-mati tolak I?” -Azhad

Luka di hati Jo masih pekat merah. Sejarah pilu mendiang ibunya takkan terkubur. Berjayakah Azhad merubah benci Jo pada lelaki melayu? Mampukah Azhad mengotakan janji bahawa setianya hanya pada seorang perempuan bernama Joanne Cassandra Matthew?

No comments:

Post a Comment