Abaya Buat Ed ~ April Snow

HOT SELLER!!
Cetakan kedua ABAYABUATED dengan cover baru. 
Very limited print.Cantik kan.... Habis ni tiada reprint lg..



RM55.00 sem / RM60.00 ss  termasuk pos

atau
WhatsApp 010-4398892



Pertama kali mata bertentang, Edrina dah suka gila pada Ilham. Dan bila tahu Ilhamlah hero yang menyelamatkan maruahnya, maka makin tergolek-goleklah suka. Macam dah jumpa syurga di jiwa. Kata Edrina..he’s my man. Dan misi memikat, mengorat dan menggoda Ilham pun bermula. Misi all out!Dalam kepala hanya ada satu. Nak kahwin dengan Ilham. Nak jadi Mrs Ilham Danial. Well..Ilham tu kan super handsome hero yang delicious, yummy plus tempting. Ada sexy burger buns pulak tu. Gilalah kalau dilepaskan. Tak boleh…tak boleh. No way!.

“ I suka you, you suka I. I love you, you love me. Then we get marry. Live happily ever after. Sweet jer our love story. Kan Am darling?” –Edrina Ekram Syah
Kahwin. Kahwin. Kahwin. Awak ni tak benda lain dalam kepala ke Edselain benda tu? – Ilham Danial.
Tapi Edrina tetap tak kira. Nak jugak. Tak peduli. Ilham lari, Edrina kejar. Ilham elak, Edrina tak endah. Ilham beri nasihat, Edrina buat pekak. Sudahnya Ilham lelah. Kibar bendera. Fine. Kita kahwin. Itu kata Ilham. Tapi…ada syaratnya Cik Edrina.
“Hantar wakil pihak keluarga awak datang meminang saya esok.” –Ilham Danial
Edrina tak kira. Pinang pun pinanglah. Janji dapat Ilham. Dapat kahwin dengan Ilham.
“Kita kena pinang Ilham?”- Puan Sri Sarah
Tapi tidak Elman. Baginya Edrina memang dah gila.
“What Ed? Meminang lelaki? You must be kidding!” –Elman Ekram Syah
Tapi bila papa beri kata veto, Edrina melompat suka. Oh I love you papa!
“ Let’s pray and hope for the best, Man. For Ed..for her future. Kalau ini yang terbaik buat Ed, let’s do it for her.”-Tan Sri Ekram Syah
Hidayah itu hakNya. Hanya untuk yang istimewa dan terpilih. Dan Edrina perempuan yang terpilih buat Ilham. Bahagia melingkari kedua-duanya. Perkahwinan itu medan ujian. Bukan hanya sekadar suka dan seronok. Medan menguji percaya dan curiga. Mampukah Edrina dan Ilham mengharungi bilah-bilah ujian yang sudah tertulis buat mereka. Mampukah mereka memegang janji yang terlafaz menjadi kebahagiaan dunia dan akhirat buat masing-masing? Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah. Hanya di naskhah takdir jawapannya.

No comments:

Post a Comment