Kombo December ~ karya 3 dara


HAI SEMUA
DENGAN INI, SECARA RASMINYA PIHAK PENERBITAN MELANCARKAN PERASMIAN KOMBO DISEMBER.

KOMBO DISEMBER

70 SM / 77 SS TERMASUK POSTAGE

atau

WhatsApp 010-4398892
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM


SINOPSIS BLIND DATE
" Blind Date kita akan bermula pada pukul 10.00 malam di Hotel Lux. Aku jamin kau akan jatuh cinta pada aku". - ZAYYAN ROY.

Ria Bahira sudah bersiap sedia untuk BLIND DATE pertamanya. Namun, date yang dia anggap normal itu telah bertukar menjadi tidak normal!
2 rancangan telah diatur oleh 2 orang yang berbeza. 2 misi yang tidak sama. 2 niat yang tidak serupa.
" Diam. Malam ini hanya kau dan aku sahaja di dalam bilik ini. Tak guna kalau kau menjerit".
Malam itu dirinya diperkosa. Kesuciannya sebagai gadis terhormat telah diragut! Dia ditinggalkan di dalam bilik gelap itu tanpa dia mengetahui siapakah lelaki yang telah memperkosanya.
Saat dia merasakan masa depannya musnah, tiba-tiba cinta yang selama ini dia pendam secara diam, akhirnya disambut oleh LUTH SAPUTRA. Dan ketika kata cinta ditutur, adakah Ria akan berlaku jujur tentang sejarah silamnya? Dapatkah Luth Saputra menerimanya? Siapakah lelaki yang telah memperkosanya pada malam itu? Semuanya bakal terjawab dalam BLIND DATE!




SINOPSIS BILA MISS GANGSTER JATUH CINTA 
Dia Izabella... Seorang gadis gengster yang tidak pernah gentar pada sesiapapun. Dia juga adalah ketua gengster kumpulan Robinhood yang terkenal di bandaraya Kuala Lumpur.

Kisah hidupnya berubah setelah dia merompak sebuah rumah mewah, milik seorang arkitek muda bernama HANS ZIDAN.
" ... Saya halalkan duit saya RM9000 sebagai tanda minta maaf saya sebab tercium awak tadi. Jadi, kita 0-0. Sekarang, saya nak tengok awak pergi dari kawasan rumah saya dan jangan bermimpi nak datang rompak lagi" - HANS ZIDAN
Ciuman tak tersengaja itu telah membuat hati Izabella berbunga-bunga. Tidak ada lelaki pernah menciumnya sebelum ini.
" Kau adalah orang yang pertama mencipta sejarah mencium pipi seorang gadis gengster yang masih suci"- IZABELLA
Sejak itu dia telah jatuh cinta pandang pertama pada Hans Zidan. Dia nekad menggunakan pelbagai cara untuk mengorat lelaki kacak itu.
Dapatkah hati Hans Zidan ditawan? Dapatkah Hans Zidan menerima seorang gadis gengster yang selalu mengganggu hidupnya dan membuat dia ketakutan setiap hari?
Ikuti kisah komedi romantik ini di dalam BILA MISS GENGSTER JATUH CINTA!

No comments:

Post a Comment