Luka Yang Kau Palitkan ~ Hash Aulia

[bukan cover sebenar]



*MASIH BOLEH ORDER YEA**
[Masih pre order]
TEBAL : 500++
PRICE : 40 SM, 47 SS

termasuk postage

atau

WhatsApp 010-4398892
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM

NOVEL NI MASIH PENDING D KILANG PRINTING. Sementara menanti buku keluar kilang, PENULIS Hash belanja teaser daripada novel#LYKP.


Rudy menolak tubuh Elene kasar ke dalam kereta. Dan sekelip mata, dia memecut laju. Tatkala mereka sampai di teratak buruk di hujung jalan yang sunyi, segera Rudy matikan enjin. Dia bergerak ke belakang, menarik tubuh Elene keluar.

“Zack..za..zack..ja..jangan buat aku macam ni,” terketar-ketar Elene merayu. Jemari kasar yang mendarat pada lengannya ditepis.

“Sekarang baru kau nak merayu? Sebelum ni aku merayu dengan kau, ada kau dengar?! Ada kau dengar tak!” 

Terangkat bahu Elene. Dia telan liur kesat. Bersama itu, air mata mengalir deras di pipi.

“Arghh..Zack! Sakit...” jerit Elene kuat apabila lengannya di tarik kasar. Dia dipaksa keluar daripada kereta. Dek kerana ketakutan yang teramat, lemah lututnya. Elene terjatuh ke tanah.

Tetap, Rudy mengheretnya kasar. Bagaikan orang hilang kewarasan. Tubuh Elene diseret kuat. Jeritan Elene yang kesakitan langsung dia tak hiraukan. Semakin Elene merayu, menangis, menjerit, semakin dia rasa high. Irama itu menjadi muzik buatnya. Rudy ketawa lantang.

“Tolong aku Zack.” Bahu terhinjut menahan tangis. Rasanya betis sudah terkoyak dek geseran tadi. Pedih hingga ke tulang hitam.

“Tolong? Tolong?” wajahnya dicengkam kuat. Mata Rudy merah bagaikan helang. Berair dan mengerikan. Suasana bertukar jadi genting dan mengerikan.

Sesaat..bukk!

Kepala Elene di hantuk ke dinding.

“Arghh..” jerit Elene seraya memegang kuat dahi. Juraian air mata mengalir laju meleleh di lurah pipinya bersama kesakitan yang teramat. Elene ketap bibir menahan esak.

*Masih ada stock.

No comments:

Post a Comment