Aku Pikat Dia ~ DHiya Shiha

atau
WhatsApp 010-4398892
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM



RM26.90 SEM / RM29.90
postage RM7.00 SEM / RM12.00 SS


Dalisya Irdina ala-ala tomboi. Zafrin pula agak pemalu dengan perempuan tetapi bermulut vokal. Bila bertemu ada sahaja pertikaman lidah yang berlaku. Kata orang, macam kucing dengan anjing.
Pertemuan pertama mereka di dalam Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Ipoh ke KL Sentral. Suatu insiden yang tidak disengajakan di antara mereka telah berlaku. Malu!
“Kenapa awak renung muka saya semacam aje? Saya tahulah saya ni handsome.”
Wajahnya merah menahan malu. Kalau ikutkan hati mahu saja dia tampar mulut mamat terlebih perasan itu. Mujurlah kata-kata lelaki itu sekadar cukup untuk didengar di telinganya sahaja.
“Sengal betul mamat perasan handsome ni. Kalau ya pun tariklah beg tu perlahan-lahan, ini main sentap aje. Sakit dada aku.”
Dia masuk semula ke dalam tandas dan berdiri di depan cermin. Insiden sebentar tadi amat memalukannya.
“Apa punya malanglah nasib aku hari ni? Pagi tadi dia terlanggar dan terpeluk aku, sekarang aku pulak terpeluk dia, eeee….”
Dalisya Irdina menahan sebak. Kelopak matanya sudah mula berkaca. Bila-bila masa sahaja air mata akan gugur.
“Aku lebih rela membujang sampai ke tua! Kau bukan taste aku. Kau tu pakai pun macam jantan, nanti orang kata aku ni mamat songsang pulak! Sebenarnya aku hanya nak jadikan kau batu loncatan untuk aku dapatkan Nia aje.”
“Awak ingat selama ni saya dah jatuh cinta pada awak? Pernah saya kata cinta pada awak, hah? Awak ingat, awak lelaki yang memenuhi cita rasa saya ke? Kalau itu yang awak rasakan, awak silap. Saya sekadar nak berkawan dengan awak. Tak lebih daripada itu.”
Zafrin rasa tertipu. Hubungan mereka retak. Dia terpaksa akur dan membuat pilihan. Siapakah yang bakal menjadi pilihan Zafrin, Dalisya Irdina ataupun Adlina Dania? Aku Pikat Dia. Siapakah yang memikat hatinya?

No comments:

Post a Comment