Cinta Suci 2 ~ Suci Hidayat



PRE-ORDER sehingga 15 Okt 2016

NOVEL CINTA SUCI 2 ~ PRINT ON DEMAND

harga RM37.00 / RM41.00 SS 
termasuk postage



(Buku terima mulai 1 November 2016)

email mybizsantaishop@gmail.com / 
whatsapp 010-4398892



teaser
“Sayang… cepatlah pregnant. Pleaseee... Saya 
dah tak sabar nak tengok awak mengandung dan lahirkan anak kita.”
“Dayat!!! Kita baru nikah sebulan, okey?"
“So? Kalau baru nikah sebulan tak boleh ke cepat-cepat pregnant? Serius… saya dah tak sabar nak jadi papa. ”
Wajah Suci Arianna merona merah jambu. Malu. Namun dia bahagia. Sangat bahagia apabila ALLAH meminjamkan lelaki seperti Dr. Harazz Hidayat menjadi suaminya di dunia ini. Dan dia ingin sekali sehidup dan semati bersama lelaki itu.
“Kalau kita ada anak nanti, saya nak namakan dia Iman.” Tubuh Suci Arianna ditarik ke dalam dakapan.
“Iman?” Suci Arianna kerut dahi. Namun bibir masih bergaris senyum. Iman. Nama yang baik ertinya.
“Yup! Kalau lelaki, kita namakan dia Iman Haidar. Kalau perempuan, kita letak nama Iman Adrianna.” Dr. Harazz Hidayat tersenyum penuh makna.
“Wait… ! Anak awak, anak saya juga, kan? Tapi kenapa awak yang pilih nama dua-dua tanpa bincang dengan saya dulu?”
“Suka hati sayalah! Awakkan hak saya. Suka hati sayalah nak buat apa pun! Kalau awak nak tau... nama tu saya dah pilih sejak pertama kali kita jumpa lagi. So... keputusan saya muktamad!" Dr. Harazz Hidayat tayang wajah berlagak. Mengusik Suci Arianna.
Tawa wanita itu meledak. Lucu dengan usikan suaminya.
Suci Arianna sudah menggenggam penumbuk untuk dilepaskan ke dada bidang milik Dr. Harazz Hidayat. Namun Dr. Harazz Hidayat lebih pantas menangkap kedua-duanya lalu dilabuhkan ke dada.
Seterusnya, kedua-dua genggaman jari mulus itu dibawa ke bibir. Dikucup mesra sambil renungan mata tetap melekat di wajah jelita wanita yang halal miliknya.
“Janji... jangan pernah tinggalkan saya.” Bisikan Dr. Harazz Hidayat kedengaran jelas di pendengaran Suci Arianna.
"Saya takkan. Tapi, saya takut awak yang akan tinggalkan saya, Dayat."
*** 😂😂😂
ZAREL RAZZI mengitari ke sekeliling Coffee House Hotel Vistana Kuantan. Lelaki itu tersenyum sendiri.
Mengimbau detik indah saat bermalam di situ bersama Suci Arianna sehari selepas diijabkabulkan. Indah bagi dirinya. Walaupun ketika itu, mereka datang bukan untuk berbulan madu, kenangan itu tetap manis bagi Zarel Razzi. Namun, pasti pahit bagi Suci Arianna.
Hotel Vistana.
Di sinilah buat pertama kalinya, Suci Arianna menangis dalam dakapannya sehingga terlena. Semuanya angkara Zarul Rezza dan Dr. Harazz Hidayat. Masakan dia lupa. Dan dia juga yakin Suci Arianna masih ingat.
Melihat Suci Arianna teraniaya, Zarel Razzi jatuh kasihan. Dari situ timbul perasaan untuk menjadi pelindung kepada Suci Arianna. Juga bagi menebus segala kesakitan yang pernah dia beri kepada Suci Arianna selama itu.
Tanpa sedar, saat itu juga rasa cinta hadir untuk Suci Arianna. Namun sayang, dia hanya bertepuk sebelah tangan. Cintanya tak berbalas.
“Suci…”
“Hah?” Suci Arianna yang dari tadi tertunduk, mengangkat wajah. Terkejut diseru Zarel Razzi. Sudah agak lama juga masing-masing berdiam diri.
“Ingat lagi tak hotel ni?”
Suci Arianna mengangguk.
“Ingat.”
Zarel Razzi tersenyum.
“Ingat lagi apa yang jadi?”
Mengangguk lagi, Suci Arianna mengiyakan pertanyaan Zarel Razzi.
Satu demi satu memori saat menjadi isteri kepada Zarel Razzi itu bermain di fikiran. Satu babak pun Suci Arianna tak pernah lupa.
Bukanlah kerana ianya kenangan manis bagi dirinya. Namun kerana, itulah kenangan paling menakutkan dalam hidupnya.
Menjadi isteri kepada lelaki yang selama ini membenci, tidak pernah Suci Arianna jangkakan. Usai sahaja ijab dan kabul terlafaz, ibarat Suci Arianna dikunci di dalam sangkar harimau yang kelaparan. Hanya menunggu mati. Mengerikan!
“Ingat.” Sepatah, jawapan Suci Arianna.
Zarel Razzi tersenyum hambar. Menghela nafas dalam, lalu membuang keluh berat. Mulutnya berdesir. Zarel Razzi meraup wajah.
Adakalanya, rasa kecewa datang menerpa. Sesuatu yang sangat didambakan, kini di depan mata. Bukan lagi milik sesiapa. Namun mengapa sukar benar untuk dijadikan hak mutlaknya.
“Thanks sebab masih ingat.” Nadanya hampa. Tidak berdaya.
Hampir 20 minit, masing-masing tekun menikmati hidangan yang dipesan.
“Kenapa hari ni tak nak bawa Iman?”
“Oh… erm… saja. Nak bagi Iman rest.” Bohong Suci Arianna. Yang sebenarnya dia sememangnya berniat untuk berdua dengan Zarel Razzi.
“Oh, okey. Erm… dahlah. Jom balik. Rindu dah dekat Iman.” Zarel Razzi mulai angkat punggung.
“Abang!” Suci Arianna yang masih duduk pantas menahan Zarel Razzi.
“Kenapa?” Zarel Razzi kembali duduk di kerusinya.
“Kejap,” pinta Suci Arianna.
Zarel Razzi membetulkan duduknya lurus-lurus. Betul-betul berhadapan dengan Suci Arianna. Tangan yang bersilang rapat ke dada, dilabuhkan di atas meja. Bersedia.
“Sebenarnya Suci ada benda penting nak cakap dengan abang.”
“Penting?”
Suci Arianna mengangguk laju. Jantungnya mulai berdegup tanpa arah. Irama di dalam dada berdetak sumbang.
“Suci nak minta… errr… nak… Suci… Suci nak… err…”
Zarel Razzi kerut dahi.
Suci Arianna teguk liur berkali-kali. Hampir sahaja dia pitam memikirnya apa yang ingin diucapkan.
Perasaannya berbaur. Rasa takut, rasa malu, rasa entah apa rasanya. Apa yang pasti, saat wajah 'itu' hadir di ruangan mata, rasa nekad mengatasi segala-galanya.
“Kahwin dengan Suci.” Perlahan, ayat itu meluncur lancar keluar dari kerongkong Suci Arianna.
***😨😨😨
“ABANG, Suci nak masuk dalam sekejap boleh tak? Suci nak beli something,” ujar Suci Arianna ketika mereka singgah di stesyen minyak sewaktu dalam perjalanan bertemu dengan Cira.
“Boleh. Tapi sekejap. Bagi abang park dulu. Kita masuk sama-sama. Abang pun nak reload kad ‘Touch N Go’ ni.”
Selesai mengisi minyak petrol, Zarul Rezza dan Suci Arianna beriringan masuk ke dalam Mesra Mart.
“Suci pergilah cari apa yang Suci nak beli. Biar abang dukung Iman.” Sengaja Zarul Rezza hendak memudahkan Suci Arianna. Iman Haidar yang sudah pun berusia lebih kurang enam bulan itu menjangkau berat hampir lapan kilogram. Ada masa-masa tubuh kecil Suci Arianna nampak terhuyung hayang mengendong anaknya itu.
Seperti yang Zarul Rezza minta, Suci Arianna menghulurkan Iman Haidar kepadanya. Seterusnya dia terus mengeliling rak mencari makanan ringan teringin dimakannya. Zarul Rezza pula terus ke kaunter untuk menambah baki kad ‘Touch N Go’ nya.
“Eiiii… comelnya anak abang ni!” tegur budak perempuan, juruwang yang bertugas di kaunter pembayaran itu.
Zarul Rezza tersengih-sengih menerima pujian itu.
‘Berapa bulan ni, abang?” tanyanya, ramah.
“Nak masuk enam bulan dah.” Tersenyum seronok, jelas barisan gigi putihnya.
“Ishhh… bambam betul. Semangat. Dahlah comel pipi ni! Lelaki kan, bang? Besar mesti handsome ni!” Pipi Iman Haidar yang meloyot dan tembam itu dicubitnya perlahan.
“Tengoklah, siapa papa dia.” Zarul Rezza naik seronok pula melayan keterujaan budak kaunter itu. Terasa seolah-olah dia benar-benar seorang bapa. Sedangkan, kahwin pun belum.
Suci Arianna menghampiri kaunter pembayaran. Meletakkan selonggok coklat kegemarannya. Adakalanya, coklat dapat membantu mengurangkan tekanannya. Walaupun untuk seketika cuma.
“Dah dapat semua yang Suci nak?” tanya Zarul Rezza. Iman Haidar dihulur semula kepada Suci Arianna kerana dia perlu mengeluarkan dompetnya dan membuat pembayaran.
“Dah. Cukuplah ni.” Suci Arianna tersenyum, puas. Sejak Dr. Harazz Hidayat tiada di sisi, rutin membeli coklat yang disukainya kembali menjadi tugasnya sendiri. Kalau tidak, setiap kali pulang dari Kolej Universiti Inderapura, pasti lelaki itu membawa pulang coklat kegemarannya. Namun kini, segalanya jauh berbeza.
“Oh… ini ke mama dia? Patutlah anak comel. Ikut mama dan papa dia.” Budak perempuan itu bertambah-tambah ramah.
Suci Arianna terpinga-pinga. Zarul Rezza pula senyum lebar. Entah kenapa, ada satu perasaan bahagia apabila dirinya dianggap sebagai bapa kepada Iman Haidar dan suami kepada Suci Arianna. Perasaannya sukar ditafsirkan. Tak semena-mena, ada debar dalam dada lelaki itu.
Usai membuat pembayaran, ketiga-tiganya kembali ke kereta.
“Apa yang budak tadi tu cakap, Abang Zarul?” Tidaklah begitu penting bagi Suci Arianna sebenarnya. Namun, dia masih ingin tahu.
“Dia ingatkan Iman anak abang. Bila Suci datang, dia sangka Suci, isteri abang.”
Suci Arianna terdiam. Menyesal pula rasanya bertanya.
“Kalau masa tu abang tak kemalangan, tentu semua yang budak tadi tu cakap, memang betul-betul kenyataankan?”
Suci Arianna membuang pandang ke arah luar tingkap. Lupakah Zarul Rezza bahawa kemalangan itu berlaku selepas lelaki itu menganiaya dirinya.
Hotel Zenith?
Pil khayal?
Gambar bogel?
Lupa???

No comments:

Post a Comment