Luka Yang Kau Palitkan ~ Hana Aulia


PRE-ORDER SEHINGGA 10 SEPTEMBER 2016
BAYARAN. 200 TERAWAL AKAN DAPAT FREE GIFT.
TEBAL : 500++

HARGA RM40.00 SEM / RM47.00 SS
termasuk postage
*pre order maksudnya buku masih belum siap. Di jangka akhir bulan SEPTEMBER.

email  : mybizsantaishop@gmail.com  / Whatsapp 010-4398892

SINOPSIS

Asalnya perkahwinan, adalah ikatan paling suci untuk mengikat dua hati. Namun bagi Qharlish, perkahwinan adalah satu-satunya cara dan "senjata" paling kukuh untuk menundukkan Elene Batrisyia yang berhati batu. Walau dasarnya tanpa cinta, dia nekad agar sekeping hati itu menjadi miliknya meskipun mengemis adalah jalan terakhir.
"I mungkin bukan lelaki terbaik. Tapi I yakin, I takkan pernah gagal untuk menjadi lelaki teragung dalam hidup you." Qharlish
"Whoah.. So confident. Dari mana you dapat keyakinan tahap giga ni? " Elene
"Jadi isteri I then you akan tahu."
Kerana pernah terluka dia takut untuk beri komitmen. Hati dia mati. Jiwa dia kosong. Dan cinta baginya dah lama terkubur.
"Perkahwinan bukan try and error, Qharlish. Ia mesti berlandaskan cinta serta kepercayaan. " Elene.
"I love you, Elene Batrisyia. Itu hakikat yang you cuba nafikan. " Qharlish.
Luahan berani mati itu buat Elene terkedu sendiri. Jantung berdetak laju tanpa sedar hati turut terbuai. Lantas sekali lagi dia kuatkan hati untuk menerima sebuah perkahwinan dengan harapan Qharlish bisa merawat luka di hati.
Namun, siapa sangka perkahwinan yang terbina ini juga merupakan sebuah konspirasi untuk menghancur-lumatkan hatinya. Sekali lagi, dia tersungkur. Dipermainkan oleh lelaki paling teragung sehingga menyebabkan kematian insan tercinta. Luka yang terpalit terlalu dalam sehingga dalam fikirannya cumalah sebuah perpisahan.

No comments:

Post a Comment