Dia Selalu Di Hati ~ Wawa Akil


PRE ORDER
rm40 sem / rm46 ss 
(termasuk pos)

PRINT ON DEMAND
*Penghntaran Awal September*
email mybizsantaishop@gmail.com / whatsapp 010-4398892


BLURB
Ifftiyah- Izz Harraz tidak pernah bersua, apatah lagi mahu bercinta seperti pasangan lain. Tanpa berlove you dan berlove me, mereka diijab kabulkan. Ketika lelaki itu melafazkan akad nikah pengantin perempuan jauh berada di bumi Australia. 
“Abah boleh kahwinkan anak abah dengan sesiapa saja yang abah rasa layak dan sesuai untuk Iya. Walaupun tanpa kehadiran pengantin perempuan. Hukum sah nikah perlu ada pengantin lelaki, wali dan saksi. Itu sudah cukup,”- ENCIK HALAQ
Sampai hati abah! Dia bukan anak tiri, jauh sekali anak angkat. Dia tahu itu, sebab dia berbintikan Halaq. Bermakna dia anak abah. Tapi kenapa ayahnya sanggup mengatur perkahwinannya sebegitu rupa.
Namun akhirnya dia reda! Kalau itu sudah jodohnya, siapa dia untuk menidak ketetapan itu. Hidup perlu diteruskan. Dia mengharapkan lelaki itu menjadi pelindungnya untuk selamanya.
Namun, Izz Harraz bertindak mendiam diri sehinggalah dia pulang ke tanah air selepas menamatkan pengajiannya di Brisbane. Ada rahsia disimpan lelaki itu sehingga takdir menemukan mereka semula di Imraj Holdings. 
Sejak bekerja bekerja sebumbung kerap berlaku pergaduhan ala-ala gunung berapi. Seorang degil dan seorang lagi kaki mengusik. Ada saja bahan gurauan lelaki itu yang menyakitkan hatinya. 
“Buatlah lagi macam tu, nanti tak pasal-pasal mati terbeliak. Barulah saya jadi duda hot. Silap-silap hari bulan tak sampai seminggu, saya naik pelamin semula,”- IZZ HARRAZ
“Bukan awak sekarang dah jadi duda ke?” – IFFTIYAH
Dalam gaduh-gaduh manja itu, hatinya mula dijentik rasa. Ada rindu bertandang dijiwanya. Namun kehadiran si model genit bernama Netty membuatkan jiwanya kembali resah. 
Bahagiakah rumah tangga mereka? Adakah cinta mereka gugur sebelum sempat berkembang? Semuanya terjawab dalam Dia Selalu Di Hati… Sesungguhnya bahagia itu pasti jika dia selalu di hati….

No comments:

Post a Comment