Dengarlah Jeritan Hatiku ~ Rehan Makhtar


Dengarlah Jeritan Hatiku ~ print terhad ~ TIADA DI KEDAI
SM RM60.00 termasuk poslaju utk sebuah buku sahaja.
SS RM65.00 termasuk poslaju untuk sebuah buku sahaja.
570ms.
email : mybizsantaishop@gmail.com  /whatsapp 010-4398892
email : mybizsantaishop@gmail.com / whatsapp 010-4398892
Sinopsis blurb :
YUGASRI kembali ke tanah air atas desakan Datuk Yohana setelah lapan belas tahun hidup sendiri di negara orang. Sukar, namun kerana percaya pada abangnya, Amri… dia gagahkan diri. Niatnya hanya satu - mahu menjadi yang adil. Tapi, niat itu terbelah dua bila bahunya melanggar seorang gadis.
Jatuh cinta pada Ashita, bukan kehendaknya kerana sedar, dia tiada apa. Tapi, mana mungkin dia nafi bila suara gadis itu tak ubah seperti muzik merdu dalam dunia dia yang terlalu sepi.
“Saya bawa bekal nasi goreng. Tapi, pagi tadi punyalah…” - Ashita
“Kalau awak layan saya macam ni, macam mana awak nak saya anggap awak sebagai kawan biasa aje, Ash?” - Yugasri
Hati Ashita mendengar jeritan hati Yugasri kerana dia tahu, lelaki itu juga mencintainya biarpun keputusannya telah buat Amri kecewa.
Ashita dan Yuga bercinta. Bahagia. Biarlah Yuga tiada apa dan serba kurang, dia tetap mahu bersama lelaki ini sampai syurga. Tapi, ujian memintas di depan mata. Tersenyum mesra.
“Ash, jangan buat saya macam ni…” - Yugasri
“Atau perlu saya buat tuan macam tuan buat dekat saya?” - Ashita
HATI Ash, hati yang pemurah. Di saat dia sudi memaafkan, sekali lagi mereka sama-sama tercampak dalam kesakitan bila dendam lama bangkit menuntut pembelaan.
“Kalau abang maafkan mereka berdua, Ash boleh terima abang?” – Amri
“Ash dah terima Abang Am…” - Ashita
Ujian telah meletakkan Ashita dan Yuga dalam keadaan yang perlu untuk mereka memilih antara sayang ibu dan abang serta cinta mereka. Dan, Yuga tekad memilih kasih ibu dan abang. Menolak cinta Ashita jauh.
“Kita ni memang dah berpisah, kan?” – Yugasri
“Dengan cara baik yang pastinya. Tiada dendam dan rasa tak puas hati.” - Ashita
Ini kisah cinta. Cinta anak pada ibunya. Cinta adik pada abang

No comments:

Post a Comment