Combo Cik Ayris Congeniality dan Aku Bulan Dia Bintang




PRE ORDER


HARGA PROMOSI SEHINGGA 7 FEB 2016

COMBO RM51sm/57ss

POSLAJU PERCUMA 

penghantaran dlm FEBRUARY 2016



AKU BULAN DIA BINTANG

SINOPSIS

DARIN, walaupun anak tengah daripada tiga beradik, namun paling cengeng dan banyak masalah diri. Seorang wartawan yang tidak mahu menjadi wartawan. Seorang yang sempoi namun prejudis terhadap lelaki. Tiba-tiba dia diketemukan dan dikehendaki ‘bertugas’ selama tujuh hari dengan seseorang yang bergelar ‘Tengku’, ahli perniagaan muda yang berjaya dari luar negara dan dikejar ramai jurnalis Malaysia. Masalahnya, tugas dia bagaikan 24 jam bersama lelaki itu!

“Apa awak nak? Cakap terus je la. Saya nak tengok TV ni, dengki betullah.” 
“Eh, cik kak... Awak datang sini nak kerja. Sudahlah tak ada tujuan hidup. Datang rumah orang, sedap-sedap je tengok TV. Tak ada rasa nak berubah ke?” Pen di tangannya ditujah-tujah je wajah Darin. Mujur tak kena.
Darin gigit bibir. Dah mula dah, perangai diktator dia tu!
“Okey! Nak suruh saya buat apa, bagi saja. Tak payah nak mengutuk.”
“Menjawab! Apa tugas awak sekarang?”
Darin diam.
“Saya tanya ni, apa tugas awak sekarang?”
Darin garu kepala. “Erm, jurnalis.”
“So, apa awak dah buat selama beberapa hari kerja dengan saya ni?”
“Hmm, tadah telinga dengar awak marah.”
Fakhri mengetap giginya. Kenapalah dia berjumpa dengan manusia yang tak ada tujuan hidup ni?
DALAM diam, Fakhri jatuh cinta pada jurnalis yang kadang-kadang dia lihat naif dan polos hingga menyedarkannya hakikat hidup yang sebenar dan banyak rahsia.
‘Rupa bulan berubah-ubah, macam awak juga. Kadang-kadang, awak dengar cakap. Kadang-kadang, awak marah-marah. Kadang-kadang, awak blur, macam budak kecil yang baru saja masuk tadika. Kadang-kadang, awak tak payah cakap apa-apa, tapi saya tahu awak ada.
I wish I am the stars around you. I want to be with you, and stay with you at all times. Bila awak hilang di siang hari, saya pun akan hilang. Bila awak muncul dengan gahnya saat siang melabuhkan tirainya, saya pun nak juga muncul di sisi awak.
Tapi, macam mana bulan kadang-kadang ditemani bintang yang banyak dan kadang-kadang cuma bersendirian, saya rasa saya pun akan jadi macam bintang itu. Saya tak mungkin dapat ada di sisi awak selalu, no matter how much I want to.
But, no matter when and where, awak mesti sentiasa ada, dan hidup dengan baik. Biarlah awak berubah-ubah, dan biarlah saya ada atau tiada, awak tetap sama di hati saya.’
APAKAH sebenarnya rahsia Fakhri yang ingin dia sembunyikan daripada khalayak ramai? Terbukakah hati Darin menerima Fakhri setelah menerima nota cinta nan sekeping itu walaupun pernah timbul gosip mereka yang memalukannya tersebar di media sosial?


88888888888888888888888888888888888888888

CIK AYRIS CONGENIALITY

SINOPSIS

AYRIS, Lana dan Wardah…tiga sahabat yang akrab sejak zaman belajar. Apa sahaja masalah teman-teman, Ayris pasti menjadi orang pertama yang menghulur bantuan sehingga digelar Miss Congeniality. NAMUN, pemergian Lana benar-benar buat Ayris menangisi diri sendiri… Amer, suami arwah Lana mengharapkannya…

“Ris, kalau you tak bahagia... I akan menyesal seumur hidup I dan untuk apa perkahwinan kita ni kalau begitu caranya? I merayu pada you, bagilah I peluang sayang you. Jaga you. I berjanji tak akan ambil kesempatan terhadap you,” pujuk Amer.
“I sayangkan Ayra. Farhan tinggalkan I. Daddy simpati pada you. I terpaksa terima you!” Ayris mula menangis.
“I benci you sangat! Sebab you, Farhan tinggalkan I.”
DEMI Ayra, Ayris pujuk hati menerima Amer. Namun, kecuaian Ayris pada suatu hari menyebabkan Ayra meninggal dunia. Rumah tangga mereka berkecai. Namun, Farhan si bekas kekasih sebagai ketua jabatannya sentiasa memerhatikan dan mengambil berat bagaikan menghidupkan nyawanya kembali…
“Serabutlah you ni. Boleh tak sabar. Lepas rombongan Farhan balik. You boleh pergi. Diorang bincang lama tu. Al-maklum, nak bincang resepsi grand untuk Cik Janda dan Encik Duda...” Aida ketawa lagi. 
Ayris ketawa juga mendengar lawak kawan baiknya itu walaupun hatinya gundah. Tiba-tiba Ayris menadah tangan. “Ya Allah, percepatkanlah perbincangan di bawah. Aku ada hal penting ni. Amin.”
Aida geleng kepala. “Sabar I kata. Kejap lagi naiklah bakal ibu mentua you tu.”
Telefon milik Ayris di atas meja solek tiba-tiba berbunyi. Ayris yang sedang berdiri, berjalan laju untuk mendapatkan telefon bimbitnya itu. Nasib tidak menyebelahi Ayris. Dia jatuh terjelepok akibat terpijak hujung kain baju pertunangannya.
“Ya ampun, Ris!” Aida terjerit.
“Assalamualaikum...”
Ayris yang masih terjelepok mula panik. Apakah emak Farhan akan jadikan alasan ini untuk menolaknya?
MAMPUKAH Ayris membina bahagia kerana emak Farhan tidak menyukainya yang janda dan Amer gunakan alasan Anggun, anak mereka untuk milikinya semula? Sentiasakah dia menjadi Cik Ayris Congeniality yang menyenangkan rakan-rakan dan berkorban demi kebahagiaan orang lain?


atau
WhatsApp 010-4398892
atau 

No comments:

Post a Comment