Hey Cinta Tunggu Aku ~ Hasreeyati Ramli



sila baca betul-betul yea 
smile emoticon



POS HUJUNG FEB/ AWAL MAC 2016


LIMITED EDITION - 1000 naskhah sahaja

dapat tandatangan penulis

Harga buku : RM50 SM dan RM55 SS
TERMASUK POSTAGE




Dapat novel: Hujung Januari 2016 atau awal Februari 2016 (bergantung kepada tarikh selesai printing, in shaa ALLAH)



========================

Cinta itu sesuatu yang subjektif. Sukar untuk diperkatakan. Ada yang mencintai seseorang. Ada yang dicintai seseorang. Tetapi adalah lebih perit apabila cinta itu dicurangi. Kerana itulah yang sedang dialaminya sekarang ini.
Pagi tadi. Ketika dia baru sahaja hendak melangkah masuk ke dalam bilik Mil Affandy. Niatnya dihalang oleh setiausaha Mil Affandy yang manis bertudung itu. Fisha namanya. Teman lamanya sejak dari zaman kampus lagi. 
“Mya, aku rasa kau tak boleh masuk ke dalam bilik Mil sekarang,” tegah setiausaha itu sambil berdiri dari kerusi dan bergegas berdiri di hadapannya sambil mendepangkan tangan. 
Mia Aira mengerutkan dahi. Terkejut. Dengan tindakan spontan Fisha itu. Tidak pernah pun sebelum ini Fisha menghalangnya dari memasuki bilik Mil Affandy bila-bila masa pun. Pasti ada sesuatu yang tidak kena. Hatinya mula berteka-teki sendiri.
“Kenapa dengan kau ni, Fisha? Selalu tak macam ni, hmm?” Dia cuba memancing jawapan dari setiausaha tunangnya itu. 
Serba salah Fisha dibuatnya. Di dalam ada seorang perempuan. Yang sudah lama tidak datang ke pejabat ini selepas bossnya itu bertunang. Dan gayanya seperti mesra benar bertepuk tampar. Bergelak ketawa dengan bossnya itu ketika sama-sama mereka masuk ke pejabat itu tadi.
Rasa seram sejuk pun ada. 
“Err, ada tetamulah kat dalam tu,” dalam nada perlahan Fisha cuba memberi alasan. Matanya bagai cuba memberi isyarat sesuatu. Yang agak logik difikirkannya. Berpeluh jugalah dia dibuatnya dalam bilik yang berhawa dingin itu. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu temannya itu melihat apa yang ada di dalam bilik bossnya itu. Memang akan perang dunia ketigalah jawabnya nanti.
Mia Aira masih lagi tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Lantas segera meneruskan langkahnya dan menepis tangan setiausaha tunangnya itu. Berlaku sedikit kekasaran. Fisha mengaduh kesakitan. 
“Maaf, Fisha. Kau kawan aku, tapi aku kena masuk jumpa Mil pagi-pagi begini sebelum kami bermesyuarat tengah hari nanti-“ sambil melangkah ke hadapan pintu pejabat Mil Affandy, Mya terus memulaskan tombol pintu itu tanpa melihat intipati di dalamnya. 
Saat Mia Aira berpaling, gelak tawa kecil berkumandang di cuping telinganya. Membuatkan Mia Aira terpaku melihat apa yang sedia terpampang di hadapan matanya kini. 
Bergetar seluruh tubuh tinggi lampainya bila melihat seorang perempuan sedang duduk di atas paha Mil Affandy. Tangan gadis genit yang berbaju seksi paras lutut itu melengkari leher Mil Affandy. Sedangkan dia sendiri tidak pernah melakukan hal itu pada Mil Affandy pun! Apa hak gadis itu pada tunangnya? 
Bibirnya sedikit terbuka. Bergetar mahu mengeluarkan kata-kata. Namun terkedu sambil terus melihat apa yang terhidang di hadapan mata. 
Tubuhnya bagaikan mahu melayah ke hadapan. Bila kepalanya terasa berpusing-pusing di kala itu jua. Dadanya berdebar kencang. Laju. Bagaikan roller coaster yang sedang bergerak selaju mungkin. 
“Mia???” tersedar daun pintu biliknya ditolak, Mil Affandy segera melepaskan pelukannya dari pinggang gadis genit itu. Gadis itu cepat-cepat dialihkan dari pahanya. 
Berkerut dahi gadis itu diperlakukan begitu.
“Heyy... kenapa dengan you ni?” rungutan gadis genit itu tidak dihiraukannya. 
Pandangan gadis genit itu turut tertancap ke arah gadis bertudung ala Yuna yang masih lagi kaku di pintu masuk sana. 
“You bangun dulu, pergi turun kat kereta. Nanti kita jumpa di bawah,” bisik Mil Affandy sambil bangun dan memperbetulkan keadaannya. Berpeluh juga dibuatnya. Perasaan bersalah itu mula menerpa ke dalam dirinya. Sepatutnya tunangnya itu tidak perlu tahu semua ini. 
“Siapa perempuan ni, Mil?” soalan gadis itu tidak dijawab oleh Mil Affandy. Malah lelaki itu lebih tergesa-gesa menolaknya keluar dari bilik itu. 
Mia Aira memberi laluan pada gadis yang ditolak keluar dari pejabat lelaki itu. Hatinya terlalu tercalar. Terlalu terluka. Bagai disayat-sayat tatkala menerima senyuman sinis dari gadis yang entah dari mana asalnya itu. Mia Aira hanya dapat bersabar. Dia perlu mendapat penjelasan terlebih dahulu dari lelaki itu. 
Kalaulah ketika ini dapat dilihat betapa remuknya hati gadis yang bernama Mia Aira bertaburan di atas carpet biru gelap itu. Sah-sah itulah cebisan-cebisan hatinya. Tidak ada pemilik lain lagi. 
Saat gadis itu keluar dari bilik itu, Mil Affandy menutup pintu itu rapat-rapat. Dia berpaling ke arah Mia Aira. Tunangnya dan bakal menantu kegemaran kedua orang tuanya itu. Apakah alasan yang boleh diberikan setelah gadis itu sendiri menyaksikan segala-galanya sendiri?
“Mia... Mil-“ apa yang harus diperkatakan olehnya di saat-saat begini? Dia sendiri telah kehilangan kata-kata. Semuanya telah terbukti di hadapan mata gadis itu lagi. Dia sudah terjerat sendiri. Kalaulah Milia tidak mengikutnya naik ke pejabat pagi ini, tentu dia masih lagi dapat merahsiakan hubungan sulitnya dengan Milia selama ini. Milia pun satu. Bukan tidak boleh menunggunya sekejap di dalam kereta. Dia cuma mahu naik sebentar ke atas pejabat untuk mengambil briefcasenya sahaja. Sama sekali dia tidak menyangka Milia akan mengekorinya hingga ke pejabat. Sepatutnya Milia menunggunya di dalam kereta.
Mia Aira cuba mengukir senyum. Yang anehnya tiada setitik pun air mata yang mengalir di pipinya.
“Malam tadi Mil ada dengan perempuan tu ke?” satu soalan yang pastinya akan mengubah segala-galanya. Langsung Mia Aira tidak memandang ke arah Mil Affandy pun. Cuma pandangannya di hala ke arah hadapan sahaja dan bukan pada lelaki itu. 
Mil Affandy terkedu. 
Tanpa sebarang jawapan pun, Mia Aira sudah dapat menelah. Semakin luluh hatinya yang sudah sedia hancur berderai itu. Mia Aira tidak menangis. Jauh sekali memujuk rayu.
Perlahan dia meraba cincin di jari manis tangan kirinya. Dipulas-pulas seketika untuk melonggarkannya. Kali ini dia menoleh ke arah lelaki itu. Yang kelihatannya agak cemas dengan perlakuannya itu. 
“Mia, apa ni,” lelaki itu sudah mula menggelisah. Dahinya berkerut-kerut. Apalagi tindakan yang akan diambil oleh tunangnya itu? Dia tidak mahu meneka. 
Mia Aira tidak mahu banyak bicara. Baginya semuanya sudah terbukti. Selama ini dia hanya mendengar sahaja tapi tanpa bukti yang nyata. Cuma kali ini TUHAN Yang Maha Kaya itu mahu memberi petunjuk padanya. Dan dia bersyukur sangat-sangat kerana itu.
“Nah. You ambil balik cincin ini semula. Antara kita, cukup setakat ini sahaja.” Bukan semudah itu mahu menuturkannya namun itulah yang baru sahaja diluahkannya.
Dengan ayat terakhir itu, Mia Aira menarik tangan kanan Mil Affandy dan membuka telapak tangan kanan lelaki itu. Bagaikan diruntun dengan tali, Mil Affandy tidak membantah apa-apa. Hanya menuruti sahaja. Cincin belah rotan itu diletakkan di atas telapak tangan kanannya. Mata mereka bertentangan seketika. 
Mil Affandy terkedu. Putus kata-kata.
“Mia, Mil sebenarnya-“ Mia Aira tidak menunggu lebih lama di hadapan lelaki itu. Tanpa menunggu lebih lama lagi, dia melangkah keluar dari bilik lelaki itu. 
Anehnya perasaan ini bila dilukai sebegitu rupa. Selama ini dia telah cuba mempertahankan hubungan ini. Namun akhirnya hari ini segalanya berakhir begini.
“Mia, Mil minta maaf-“ ketika dia melepasi meja Fisha, dia hanya mengangkat tangan ke arah gadis itu. Langsung tidak memandang ke arah gadis itu. Cukuplah dia dikhianati oleh teman baiknya sendiri. Dia tidak mahu memikirkan ada perempuan lain juga yang telah mengkhianatinya. 
Gemuruh dadanya melihat tunang bossnya melepasi mejanya tanpa mengucapkan apa-apa padanya. Sekurang-kurangnya dia mahu melihat kemarahan gadis itu diluahkan pada tempatnya. Namun dia silap. Gadis itu lebih tabah dari yang dijangkakannya.

atau
WhatsApp 010-4398892
atau 

No comments:

Post a Comment