Mimpi Kita Sama - Wawa Akil



BAKAL TERBIT JANUARI 2016
LAST PAYMENT 31 DIS 2015

START HANTAR AWAL JANUARI 2016

GIFT UTK 200 CUSTOMER AWAL.

HARGA RM40.00 SEM / RM46.00 SS
termasuk kos pos

600+ mukasurat

sinopsis

Selama 36 tahun hidup Airis Ilmani Datuk Hassani biasa-biasa saja. Tiada yang menarik dalam kehidupannya. Gelaran anak dara tua atau andartu juga tidak pernah menjadi kudis buatnya. Allah belum temukan jodohnya. Dia pegang kata-kata itu. 
Namun takdir merubah segalanya. Dari hidup biasa-biasa menjadi luar biasa. Hidupnya kini bertukar huru-hara. Graf hidupnya berubah 100 peratus. Lintang-pukang dibuat dek lelaki bernama Khaled Zidan, CEO Kenchana Holdings.
Perkenalan mereka bermula kerana tugas. Tetapi tugas juga yang menjerat Airis apabila lelaki yang muda enam tahun daripadanya itu menggunakan helah untuk menyaman syarikat akhbar tempatnya bekerja jika dia tidak memenuhi syarat yang diberikan. 
Untuk mengelak di saman, Airis terpaksa akur.
“Syarat I tiga bulan dari sekarang you adalah girlfriend I. I adalah boyfriend you. Apa-apa yang you nak lakukan kena minta keizinan I dulu. Tu syarat pertama, syarat kedua pula kena temankan I breakfast, lunch, dinner dan supper setiap hari. Tak boleh miss. Syarat lain akan I tetapkan kemudian,” – KHALED ZIDAN
“I setuju. Tapi boleh tak kurangkan tempohnya. Tiga bulan lama sangat. Kalau sebulan macamana? I pun ada kehidupan I sendiri. Macam you juga. Kalau tiga bulan meranalah Cik Natasya you tu,” – AIRIS 
Ada rasa mula menjentik hatinya namun dia perlu sedar diri. Lelaki itu sebaya adiknya dan seorang adik tidak boleh menjadi imannya. Jadi, dia letak sempadan agar rasa itu tidak bercambah.
Penolakan Airis langsung tidak mematahkan semangat Khaled Zidan malah dia makin kerap menghantui hidup gadis itu. Namun, hubungan mereka ada halangan. Dua ibu sudah mengatur jodoh untuk anak-anak.
“I tak kisah you nak cakap apa.. rancangan I takkan dibatal hanya kerana penolakan you. Lagi pun I tahu mak you beriya-iya mahu bermenantukan I. Jadi kita tunggu dan lihat perkembangannya nanti,” – DARIUS
“Orang tak nak..orang tak boleh terima Dahlia tu. Dia dah macam adik orang. Sejak kecil orang kenal dia. Mana boleh dijadikan isteri,” – KHALED ZIDAN
Bagaimana kesudaam kisah cinta Airis Ilmani dan Khaled Zidan. Bersatukah cinta mereka? Semuanya hanya akan terjawab dalam Mimpi Kita Sama


No comments:

Post a Comment