Yang Bernama Cinta


OPEN ORDER - Special Edition yang akan dicetak TERHAD!!
Tajuk : YANG BERNAMA CINTA
Penulis : HANI FAZUHA
Harga : RM38.00 ( Semenanjung) 
RM42.00 (Sabah/Sarawak) 
termasuk postage

Untuk Tempahan boleh..
atau

WhatsApp 010-4398892

Sinopsis :
Pulangnya jiran depan rumah dari luar negara buat sejarah lama yang cuba dilupakan Hani tersingkap kembali. Tapi peliknya, lelaki itu bagai lupa yang mereka pernah ada sejarah silam yang menyakitkan.
“Bagi nombor telefon.” – Hazril 
“Nak buat apa?” – Hani 
“Agak-agak nombor telefon tu boleh buat gulai tempoyak tak?” – Hazril
Perubahan drastik Hazril buat hidup Hani yang tenang-tenang selama ini bertukar huru hara.
“Semalam tu...sebab tangan aku macam dah mencabul kau. Senang cerita kita kahwin ajelah.” – Hazril
“Kau pernah tak sarapan dengan kaki kerusi? Kalau tak pernah, tolong hentikan bercakap benda mengarut.” Hani
Jenuh mengelak, tapi.... api cinta yang Hazril tiupkan terlalu kuat. Kerana rasa itu memang sudah lama ada di situ, ianya sangat mudah dihidupkan. Sampai satu tahap, kerana cinta, dia sanggup apa saja walau berkahwin tanpa restu keluarga.
~ Saya panjat ikut tingkap, sembunyi-sembunyi masuk bilik awak ya? - Hazril
+ Jangan buat lawak boleh tak? Saya tengah sakit ni - Hani
Sampai bilakah mereka harus main sembunyi-sembunyi, intai-intai balik pintu? Apa akan jadi bila Hazril diharuskan berkahwin dengan wanita lain hanya kerana kesilapan silamnya sedang hubungan mereka masih menjadi rahsia?
Dan...tatkala setia yang diharapkan menjadi terlalu mahal harganya, luka lama yang sudah bertampal kembali berdarah.

No comments:

Post a Comment