DIA YANG TERINDAH





KLIK GAMBAR UNTUK MAKLUMAT PEMBAYARAN!



DIA YANG TERINDAH



"Tengok bunga tulip ini." Mukhriz tunjukkan bunga tulip yang dipegangnya .
" Tulip ini cantik tapi sayangnya kecantikan Tulip hanya sementara tapi indahnya Ariana Dahlia sampai hujung nyawa."Wajah Ariana merah menyala bila Mukhriz puji begitu. Hatinya sudah menari-nari.
"Malulah Arin habib ini."
Mukhriz ketawa.
"Sesekali habib nak bagi Arin merah muka tak salahkan?"
Ariana mula nak menggatal.
"Kalau habib buat hari-haripun Arin suka sangat tau." Sempat dia kenyit mata pada Mukhriz. 
Ariana Dahlia baginya hidupnya sudah cukup sempurna dengan cinta Mukhriz. 
'Arin sayang habib.' Hatinya menjerit. Bagai terdengar suara hati Ariana langkah Mukhriz terhenti. Dia berpaling ke belakang. Melihat Ariana yang masih berdiri Mukhriz melangkah semula ke arah Ariana.
"Habib tahu apa Arin fikirkan. Habib pun sayangkan Arin." Tangan Ariana digapai.
Ariana terkejut.
"Habib boleh baca hati Arin?" Soal Ariana.
Mukhriz tersenyum.
"Instict seorang kekasih, suami dan imam pada a'syiknya tak pernah silap Arin. Tak perlukan fortune teller atau bola tilik nasib, hati Arin dan habib kan dah bersatu."
Allah, bahagianya Ariana sampai tak terucap dengan kata-kata. Mukhriz yang dahulunya pendiam, Mukhriz yang Ariana sangkakan menerima dia dengan terpaksa boleh sahaja menjadi sehebat Shah Jahan. Tapi tak naklah Mukhriz kahwin ramai macam Shah Jahan itu. Bukan Ariana melayang lagi dah harus tenggelam terus dalam laut.

3 comments: