Kisah Dari Hati - LIMITED EDITION


Bonus Sept yang dijangka akan terbit pada awal Okt.
(Ini hanya boleh dibeli melalui online sahaja. EDISI TERHAD, tidak dijual di mana-mana kedai.)

KOMPILASI - KISAH DARI HATI - PRE -ORDER
Untuk tempahan boleh PM Mybiz SantaiShop ye.

Harga : RM 23(semenanjung) RM 26(Sabah Sarawak)
** Harga tidak termasuk kos penghantaran.
(Kos penghantaran dikenakan RM6 untuk seluruh Malaysia)
*boleh request pos laju*
ISBN : 978-967-11925-6-6
Muka Surat : 600

Sinopsis :
Tujuh penulis bergabung melakarkan 15 cerita di dalam naskhah yang sama. Kisah yang tercoret tak akan pernah ada penyudahnya di tangan seorang penulis. Naskhah indah ini sebagai bukti kebenarannya.


HANI FAZUHA – Cerita cinta penuh syahdu hero dan heroin yang pernah dilakarkan sebelum ini disambung kembali.


FARAH HUSAIN - Dunia penuh bahagia Amzar si Random Guy dilanjutkan kisahnya sebagai hadiah terindah untuk dihayati.


SYAH SHAH – Kisah Daus, si penggoda Awek pisang goreng akan membuatkan kita terasa bahagia ada di mana-mana.


SARNIA YAHYA - Cinta dan cemburu si duda hot, Iskandar dan Tengku Ritzlan mampu mencipta senyuman di bibir tanpa perlu mendengar cerita jenaka.


ANNA LEE - Cerita seorang Nuha, si Gadis Caspian yang mencuba nasib menawarkan diri untuk menjadi calon isteri kepada jejakakesepian dilakarkan penuh dramatik.


QUE SERA SERA – Romeo dan Juliet dalam versi yang berbeza, si gemuk dengan gelaran Mr Panda bertukar menjadi si kacak yang memikat.


EMY ROBERTO – Shazan Shahira yang degil, yang menolak Raimie sebagai suami akhirnya akur yang dia sebenarnya tersilap langkah.



No comments:

Post a Comment